K.D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar sentiasa dikenali sebagai seorang permaisuri yang mesra dengan rakyat.
Gelagat baginda yang bersahaja sentiasa mencuit hati. Kerana itulah, entri Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam akaun laman sosial peribadi baginda sentiasa dinanti-nanti oleh warga alam maya.
Terbaru ialah sebuah entri di laman media sosial twitter yang memaparkan video berdurasi 13 saat. Video tersebut memaparkan cucu saudara kepada Tunku Azizah yang bermain bola sepak. Difahamkan, cucu saudara baginda menjaringkan lima gol dalam perlawanan tersebut.
dengar kata JDT nak sign contract dah …. well done Sulaiman … pic.twitter.com/YA9cZcccCi
— azizah iskandar (@cheminahsayang) September 5, 2019
Dikenali sebagai Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah, berusia 5 tahun, cucu saudara kepada Raja Permaisuri Agong ini melakukan sepakan percuma ‘knuckle ball’ yang cantik, untuk menewaskan penjaga gol lawan dalam satu perlawanan peringkat umur.
Knuckle Ball adalah teknik yang sinonim dengan Juninho Pernambucano, Pirlo, Gareth Bale, Ronaldo dan ramai lagi.
Ia adalah sepakan percuma untuk menghasilkan gerakan bola yang menggila atau menukar arah pada fasa akhir.
this goal deserves to be sent to FIFA …. tu cucu saudara saya … handal sungguh pic.twitter.com/h07UPMFLnD
— azizah iskandar (@cheminahsayang) September 4, 2019
“Gol ini selayaknya dihantar kepada FIFA….kepada cucu saudara saya…handal sungguh,” tweet baginda terhadap video tersebut yang turut menerima lebih 8,000 ulang kicau, dan lebih 24,000 reaksi suka.
Tidak mudah untuk melakukan sepakan percuma menggunakan teknik knuckle ball. Kedudukan standing foot anda harus dekat dengan bola sekitar 2-3 inci. Rembat bola dengan clean contact menggunakan tulang ibu kaki ataupun instep.
antara 5 gol oleh cucu saudara saya Sulaiman … bakal jadi Beckham Maradona Ronaldo …. Tok Jing2 doakan ! pic.twitter.com/Pb1fiC5Sx0
— azizah iskandar (@cheminahsayang) September 5, 2019
Rembat permukaan bawah titik tengah bola. Anda harus melakukan rembatan dengan kadar tenaga yang kuat secara mengejut.
Saya sukacita ingin mengumumkan bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menandatangani seorang pemain cilik berbakat besar, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah yang berumur 5 tahun atas persetujuan kedua ibu bapanya. Beliau sebelum ini bermain untuk TSS Selangor Elite FC.
Ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang kelab di mana pemain-pemain cilik berbakat besar seperti Tengku Sulaiman ini sentiasa mendapat peluang untuk memperkembangkan karier di dalam kelab yang mempunyai prasarana selengkap JDT dan mempunyai kolaborasi dengan kelab-kelab luar negara.
Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
—
I am delighted to announce that Johor Darul Ta’zim FC (JDT) will be signing highly talented youngster Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah, who is 5 years old, after receiving parental consent. He previously played for TSS Selangor Elite FC.
This is part of the club’s long-term plan where talented youngsters such as Tengku Sulaiman get opportunities to develop their career at a club with facilities as complete as JDT and has collaborations with foreign clubs.
Alistair Edwards, Johor Darul Ta’zim FC Technical Director
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAllPosted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, September 4, 2019
Berdasarkan video yang dikongsikan, nampaknya cucu saudara Raja Permaisuri Agong mempunyai bakat besar di dalam bola sepak. Maka tidak hairanlah mengapa pasukan seperti JDT pantas ‘buat kerja’ menyambar bakat seperti beliau.