UCL 2019/20: Frank Lampard Mahu Chelsea Beri Tentangan Hebat

Chelsea

Meskipun terpaksa menghadapi saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20 dengan hukuman penggantungan pembelian pemain, Frank Lampard bersikap optimis mahu Chelsea beri tentangan hebat dalam kempen tersebut.

The Blues yang hanya beraksi di Liga Europa [muncul juara] musim lalu kembali ke kancah UCL selepas berjaya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19 ditempat ketiga.

Berikutan hukuman yang dihadapi Chelsea, Lampard pastinya tidak mempunyai banyak pilihan dalam usaha mara lebih jauh pada edisi kali ini.

”Ia merupakan cabaran besar buat kami sebagai satu pasukan. Kami tahu bahawa kesukaran [penggantungan pembelian pemain] dan dimana kami bagaimana situasi kami. Tetapi, ia seharusnya tidak menjadi penghalang untuk memberikan tentangan yang hebat sekaligus melakukan yang terbaik (Liga Juara-Juara Eropah).”

”Saya merasakan Liga Perdana Inggeris sangat kompetitif dan ia dibuktikan apabila memiliki dua pasukan (seperti Manchester City dan Liverpool). Manchester City jelas merupakan pasukan terbaik dalam dunia bola sepak ketika ini.”

”Saya juga berfikir kelab Inggeris cukup kuat pada ketika ini dan saya mengharapkan ianya berterusan, kerana saya merasakan ia baik untuk kami di England dan EPL.”

”Ia penting buat kami, ini adalah tempat dimana kami sepatutnya berada. Persaingan antara pasukan semakin sukar setiap tahun. Berada tempat ketiga dan memenangi Liga Europa menjadikan mereka dalam kelompok elit.”

Sebagai rekod, Chelsea pernah menjuarai saingan UCL pada musim 2011/12 selepas berjaya menundukkan Bayern Munich menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 ketika aksi 120 minit terikat 1-1. Mereka pada ketika itu dibimbing Roberto Di Matteo dan Lampard bertindak selaku ketua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN