Ianya ibarat impian menjadi kenyataan, jika anda berpeluang meluangkan masa dengan pemain kebangsaan Malaysia. Tidak ramai yang berpeluang merasai pengalaman seperti itu.
Itulah yang dirasai oleh 19 orang pelajar bertuah dari SMK Seksyen 11. Impian itu menjadi kenyataan apabila berjumpa dan meluangkan masa dengan pemain Kuala Lumpur FA dan juga pemain kebangsaan Malaysia, Irfan Zakaria.
Semua ini direalisasikan oleh adidas menerusi program adidas Hardwired Pack – Back To Scholl With Irfan Zakaria.
Irfan Zakaria turut mengambil alih sesi latihan untuk pelajar B-17. Walaupun dalam masa yang agak singkat, namun banyak perkara yang dapat dipelajari oleh para peserta.
Para pemain muda ini mendengar perkongsian hidup seorang pemain bola sepak kebangsaan oleh Irfan Zakaria. Irfan berkongsi pengalaman beliau sebagai pemain bola sepak dan inspirasi di sebalik kecintaannya kepada bola sepak.
Irfan juga menceritakan bagaimana karier beliau bermula ketika muda dan memotivasi anak-anak muda dari SMK Seksyen 11.
Irfan Zakaria tidak keseorangan pada hari itu, beliau ditemani oleh pemain futsal wanita kebangsaan dan juga pemain futsal Selangor iaitu Steffi Sarge Kaur.
Steffi memberikan dorongan dan motivasi agar gadis-gadis muda mengejar impian mereka dalam bola sepak, tidak kira jantina mereka.
Para pelajar ini juga diberikan kesempatan untuk sesi ‘drills and challenge’, dan mereka berpeluang merasai pengalaman menggunakan but keluaran terkini adidas, bersempena dengan pelancaran Hardwired Pack pada 30 Julai – melibatkan produk NEMEZIZ, PREDATOR, X and COPA.
Irfan dan Steffi memberikan tips dan tunjuk ajar kepada para pemain wanita B-17 tahun tersebut. Misalnya, panduan teknik melakukan percubaan gol, hantaran, gelecekan, menjaringkan gol dan juga membentes.
Steffi dan Irfan turut menunjukkan beberapa skil dan trik asas kepada peserta.
Selain itu, para peserta turut diberikan pendedahan tentang perbezaan setiap jenis but dengan corak permainan mereka, dalam memberikan keselesaan maksimum serta prestasi di atas padang. Ini dibantu oleh teknologi yang diperbaiki dan terkini.
Ianya kenangan yang tidak akan dilupakan oleh para pelajar, lebih-lebih lagi kepada Nur Faidza Binti Mohd Nur Aiman dan Ainin Sofiya Binti Mohd Hasnizam – yang bertuah kerana mendapat kit bola sepak yang lengkap daripada adidas Malaysia.
Semoga program seumpama ini diteruskan lagi pada masa akan datang.
Kenali pek Hardwired oleh adidas
adidas Football telah memperkenalkan pek Hardwired, dengan warna yang menonjol untuk setiap 4 adidas mereka iaitu – Copa, Predator, X, dan Nemeziz.
adidas merupakan jenama pilihan utama di arena bola sepak. adidas telah menjadi penaja utama ataupun pengedar rasmi untuk banyak acara penting dalam bola sepak. Misalnya Piala Dunia FIFA, Piala Konfederasi FIFA, dan Liga Juara-Juara Eropah.
Selain itu, adidas turut menjadi penaja utama kelab-kelab terkemuka, termasuk, Real Madrid, Manchester United, FC Bayern Munich, Arsenal dan Juventus.
adidas merupakan jenama pilihan oleh pemain-pemain elit speerti Paul Pogba, Paulo Dybala, Mohamed Salah, Lionel Messi, Gabriel Jesus, Roberto Firmino, Thomas Müller, James Rodríguez, Diego Costa, dan Mesut Ozil
Tampil lebih baik dan menawan
But pek Hardwired ini memberikan gaya terkini kepada pemakainya dengan warna bright solar green, aqua blue and magenta.
But adidas Copa yang ikonik membolehkan pemakainya merasai sentuhan yang sempurna. Kini hadir dengan warna menawan solar green dengan logo Copa berawarna hitam yang kontras.
But adidas Predator adalah untuk pencipta (creator) yang tidak gentar di atas padang. Kini boleh didapati dengan warna biru, digabungkan dengan warna hitam pada kolar ‘sockfit’ serta warna kuning pada stud.
Seterusnya, untuk but adidas X yang baharu, ianya dicipta untuk kepantasan. Ianya dibuat dengan warna ‘piercing blu’ dengan logo X pada ‘heal’. Bahagian hujung stud pula ditonjolkan dengan warna magenta yang kontras kepada warna but.
Untuk but adidas Nemeziz, ianya dicipta untuk mereka yang sukar dijangka. Kini ditonjolkan lagi dengan warna magenta yang tebal dan berani, dengan warna hitam putih merentasi logo adidas pada but. Hadir dengan warna baru yang menarik.
Bagi anda yang ingi memiliki but daripada pek Hardwired ini, anda boleh mendapatkannya di Football Republic dan gedung Adidas di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari adidas.com.my/football atau ikuti @adidasfootball di Instagram dan juga Twitter.