Wujudkan Marshall Stadium Seperti JDT Bendung Kekecohan Penyokong

Sudah tiba masanya pasukan Liga Malaysia yang lain mewujudkan marshal stadium masing-masing untuk membantu membendung insiden pergaduhan membabitkan penyokong.

Baru-baru ini insiden pergaduhan tercetus membabitkan penyokong Pulau Pinang dan Perak selepas tamat perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Bandaraya pada Sabtu lalu.

Cadangan memiliki marshall stadium sendiri sudah lama diamalkan oleh kelab seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), sejak beberapa musim yang lalu.

PEMILIHAN MARSHALL STADIUM LARKIN | 10HB JANUARI 2016

Sekitar pemilihan Marshall Stadium untuk musim 2016 yang…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, January 9, 2016

Kerana itu, mungkin sudah tiba masanya persatuan dan kelab lain yang bertanding di Liga Malaysia mengambil pendekatan serupa untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Becakap kepada Berita Harian, Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah berkata kawalan keselamatan harus diketatkan ketika dan selepas perlawanan, sama ada di dalam dan di luar stadium seperti yang diamalkan di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Ini kerana hukuman sedia ada seperti denda dan bermain di stadium kosong memberi kesan negatif kepada pasukan memandangkan pasukan yang terpaksa menanggung beban hasil daripada perbuatan penyokong.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah

“Justeru, menyediakan kawalan keselamatan adalah lebih murah daripada membayar denda kepada FAM selain memberikan keyakinan kepada penyokong.

“Pihak keselamatan menghadap penonton dari bawah stadium untuk menjejaki pesalah dan begitu juga pihak keselamatan perlu disediakan selepas perlawanan,” katanya.

Selain daripada bertujuan untuk mengawal keselamatan, kehadiran marshall stadium ialah untuk memudahkan pergerakan penyokong yang hadir ke stadium sebelum dan selepas perlawanan.

HANYA KELAB BOLASEPAK JDT YANG MEMPUNYAI PASUKAN MARSHALL SENDIRI DI STADIUM

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT)…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, January 28, 2018

Cadangan mewujudkan marshall stadium di setiap venue perlawanan sebenarnya bukan perkara baharu di Liga malaysia

Pada Februari 2018 misalnya, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah pernah mencadangkan semua pasukan dalam Liga Malaysia untuk mewujudkan pasukan marshall masing-masing.

Marshall kebiasaannya terdiri daripada kalangan penyokong yang tampil selaku sukarelawan – dan bertugas hanya di hari perlawanan. Di Eropah, ia dilihat sebagai salah satu cara sumbangan penyokong untuk kelab,

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN