Bintang muda Jepun, Takefusa Kubo, yang baru sahaja menyertai Real Madrid pada awal musim, dilaporkan telah sah dipinjamkan ke Real Mallorca selama setahun.
Perancang tengah dari negara matahari terbit itu dilaporkan telah selesai menjalani pemeriksaan perubatan, sebelum menandatangani kontrak bersama kelab yang baru dipromosi ke kejuaraan La Liga tersebut.
Sebelum ini terdapat juga ura-ura mengatakan Kubo akan dipinjamkan ke Real Valladolid, namun rundingan itu tidak berjaya atas sebab-sebab tertentu.
OFFICIAL: Real Madrid youngster Takefusa Kubo is going out on loan ?? pic.twitter.com/BUwAwtBDHm
— B/R Football (@brfootball) August 22, 2019
Berita penyertaan Kubo ke sebuah kelab gergasi Eropah sebelum ini mengujakan banyak pihak terutama peminat bola sepak Jepun yang mahu melihat pemain yang diberi jolokan ‘Messi Jepun’ itu bermain di salah satu liga terbaik di dunia.
Namun demikian, pengumuman pengurus Real, Zinedine Zidane yang membuat keputusan tidak popular agar Kubo ‘diperam’ ke pasukan Real Madrid Castilla (pasukan simpanan) untuk beraksi dalam Liga Segunda B nyata tidak disenangi peminat dan pemerhati bola sepak.
Kebanyakannya berpendapat, Kubo perlu diberikan pendedahan serta peluang untuk beraksi dalam perlawanan-perlawanan di liga utama supaya potensinya semakin berkembang.
DONE DEAL: Real Madrid have confirmed that Takefusa Kubo will be loaned to RCD Mallorca for the 2019-20 season. pic.twitter.com/ScqdVCMtpZ
— Squawka News (@SquawkaNews) August 22, 2019
Pemain berusia 18 tahun itu sudah pun membuktikan keupayaannya untuk beraksi di peringkat tertinggi ketika menampilkan aksi cemerlang bersama pasukan kebangsaan Jepun dalam kejohanan Copa America beberapa bulan lepas.
Mereka turut tidak mahu skrip kegagalan Martin Odegaard yang pernah menyertai Real Madrid pada usia16 tahun berulang kembali. Pemain itu satu masa dahulu dicanang sebagai prospek dan bakal menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.
Takefusa Kubo: Made more key passes per 90 (3.9) than any other player at the 2019 Copa America (100+ minutes played)
For more player stats — https://t.co/O9T9TbJnh6 pic.twitter.com/xAe4imYUX0
— WhoScored.com (@WhoScored) August 22, 2019
Namun selepas beraksi bersama Castilla dan dipinjamkan ke dua kelab Belanda, Heerenveen dan Vitesse, nama Odegaard kian tenggelam dan tidak mancapai jangkaan seperti yang diharapkan.
Ketibaan Kubo ke Real Mallorca menjadikan beliau pemain ketiga dari Jepun yang menyertai kelab Sepanyol itu selepas Yoshito Okubo dan Akihito Ienaga.