Marc Degryse: “Vincent Kompany Perasan Dirinya ‘Tuhan’, Semua Perkara Beliau Buat”

Kepulangan Vincent Kompany ke Anderlecht pada kali ini masih tidak seindah yang disangkakan. Beliau datang ke Anderlecht sebagai pengurus-pemain.

Namun buat masa ini, Anderlecht masih belum memenangi sebarang perlawanan kompetitif – di mana Kompany telah menjadi pemain kesebelasan utama dalam kesemua perlawanan itu.

Anderlecht setakat ini mencatatkan 2 seri dan 2 kekalahan. Sekaligus meletakkan Vincent Kompany dalam tekanan dan menerima banyak.

Salah seorang bekas pemain Anderlecht, Marc Degryse memberitahu TalkSport bahawa, ego tidak bertempat dan perasaan perasan bagus oleh Kompany telah membuatkan semua ini berlaku.

Menurut Degryse, Kompany mungkin harus melepaskan bebrapa komitmen beliau yang lain yang terlampau banyak.

Degryse berkata: “Kompany pemain yang sangat bagus dan hanya manusia biasa. Namun saya berpandangan, beliau merasakan dirinya ‘tuhan’.”

“Dalam pengurusan biasa, ketika rehat minggu antarabangsa, itulah peluang pengurus berbincang dengan pasukan, memikirkan cara memperbaiki pasukan.”

“Namun begitu, untuk Kompany, beliau akan melapor diri ke kem kebangsaan untuk berhadapan San Marino dan Scotland.”

“Dan juga, beliau masih ada perlawanan testimonial di Manchester.”

“Ianya bagus untuk sentiasa sibuk, tetapi setiap perkara itu ada batasannya. Beliau patut memikirkan tentangnya.”

Degryse kemudian memberikan komen beliau tentang prestasi Kompany yang tidak cukup baik dalam kekalahan 2-4 di tangan Kortrijk. Di mana Vincent Kompany terlibat dalam kesemua aksi 4 gol pasukan lawan tersebut.

Degryse berkata, para penyokong Anderlecht pilih kasih dalam kritikan mereka. Di mana, tidak ramai yang mengkritik Kompany seperti mana pemain lain.

“Jika pemain bek tengah lain yang melakukan kesilapan, mereka akan dikritik teruk dan ‘coach’ Kompany pula akan menyisihkan mereka di bangku simpanan pada perlawanan berikutnya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN