RASMI: Penyerang Sayap Legenda, Franck Ribery Sertai Fiorentina

Legenda Bayern Munich, Franck Ribery sah menjadi milik Fiorentina dengan perpindahan percuma.

Ribery meninggalkan Bayern Munich musim lalu setelah kontrak beliau berakhir, dan memutuskan untuk mencari haluan di tempat lain, pada fasa akhir karier beliau.

Ribery menjadi buruan banyak kelab elit Eropah yang lain. Namun beliau mengutamakan pasukan yang boleh menawarkan beliau minit perlawanan sebanyak mungkin.

Ribery menyatakan, beliau gembira menyertai salah sebuah pasukan yang penuh sejarah di Itali itu. Beliau juga mengakui bekas rakan sepasukan di Bayern, Luca Toni adalah antara sebab yang mempengaruhi keputusan beliau.

Ribery banyak bertanyakan kepada Luca Toni tentang Fiorentina.

“Saya gembira. Saya beberapa kali bercakap dengan Fiorentina dan Luca Toni. Beliau beritahu saya ini adalah pasukan yang besar terletak di bandar yang cantik, saya sukakannya dan sukakan bahasa di sini.”

Ribery turut memuat naik kenyataan rasmi beliau di Twitter sebaik sahaja disahkan sebagai pemain Fiorentina. Ribery menyatakan beliau sudah tidak sabar untuk memulakan karier baharu di Fiorentina.

Kevin Prince-Boateng antara pemain terawal mengucapkan selamat datang kepada Ribery. Boateng menamatkan tempoh pinjaman beliau di Barcelona pada pra musim ini.

Sebagai rekod, Ribery bermain untuk Bayern Munich selama 12 tahun, sejak menyertai gergasi Jerman itu pada 2007. Ribery membantu Bayern memenangi 9 Bundesliga dan 1 UCL pada 2013.

Di peringkat antarabangsa, Ribery bermain 81 kali untuk Perancis dan menjaringkan 16 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN