Kecederaan Dembele Tambah Luka Barcelona

Tidak cukup dengan kekalahan pada perlawanan pertama La Liga kepada Athletic Bilbao hujung minggu lepas, derita Barcelona bertambah lagi apabila Ousmane Dembele disahkan mengalami kecederaan hamstring dan perlu diketepikan sekurang-kurangnya lima minggu.

“Pemeriksaan perubatan terhadap Ousmane Dembele mendapati terdapat kecederaan otot pada peha kiri beliau. Hasil keputusan, pemain Perancis itu akan direhatkan sekurang-kurangnya lima minggu.”

Keadaan ini nampak menggusarkan Barcelona yang baru sahaja melepaskan Phillipe Coutinho ke Bayern Munich.

Dembele bermain sepanjang 90 minit masa permainan ketika Barcelona memulakan misi mempertahankan kejuaraan namun dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di San Memes pada Jumaat lepas. Pemain berusia 22 tahun itu sudah beberapa kali dihantui kecederaan sejak tiba di Camp Nou dari Borussia Dortmund pada tahun 2017.

Dengan tanda harga setinggi €105 juta, separuh musim pertama pemain sayap itu ketika membuat kemunculan di Catalonia dihabiskan di bangku simpanan berikutan masalah kecederaan hamstring. Ini adalah kali keempat beliau direhatkan disebabkan masalah kecederaan yang sama.

Barcelona beraksi menentang Athletic tanpa bintang utama mereka, Lionel Messi yang masih belum pulih daripada kecederaan betis, sementara pemain baru, Antoine Griezmann gagal memenuhi jangkaan dalam debutnya bersama Blaugarana.

Skuad kendalian Ernesto Valverde itu akan melayani kunjungan Real Betis pagi perlawanan liga seterusnya pada Ahad ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN