Piala Malaysia 2019: Kedah Sasar Raih Mata Penuh, Mahu Elak Kesilapan Mudah

Kedah

Pusingan kedua peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia akan bermula malam esok yang menyaksikan satu perlawanan berlangsung iaitu melibatkan aksi kumpulan A di mana Kedah akan melayani kunjungan PKNS FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kedah yang kini menghuni tangga kedua dengan empat mata, menjaringkan empat gol dan bolos juga dengan empat gol. Statistik berkenaan dilihat tidak memenuhi jangkaan selepas pasukan itu memegang status juara Piala FA yang baru sahaja diraih pada bulan lepas.

Jika dinilai prestasi mereka dalam dua perlawanan terakhir yang menyaksikan mereka tewas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) dan seri 1-1 ketika menentang PKNS FC, tugas berat menanti Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak untuk memperkemaskan jentera serangan pasukan di samping mengukuhkan barisan pertahanan menjelang perlawanan malam esok bagi memastikan skuad Lang Merah mampu mendapatkan tiga mata penuh.

Dalam satu temuramah bersama wartawan Berita Harian, Aidil memaklumkan Kedah akan bangkit dan mempamerkan aksi sebenar di laman sendiri dengan rentak permainan yang lebih meyakinkan.

Tumpuan utama kini adalah memberi perhatian dan penekanan pada faktor ketajaman penyerang memandangkan mereka berhadapan dengan masalah penyudah yang tumpul dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Kami perlu terus fokus, memberi komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan ini walaupun kami sedar ianya bukan satu tugas mudah apabila berhadapan PKNS FC kerana sedikit kesilapan atau kelekaan boleh membawa padah.” kata jurulatih kelahiran Singapura itu.

Kedah juga sudah boleh menarik lafas lega selepas dua pemain utama yang mengalami kecederaan sebelum ini Farhan Roslan sudah mula menjalani latihan bersama pasukan. Namun mereka masih menunggu laporan perubatan sama ada kedua-dua sudah sedia untuk diturunkan atau tidak.

“Saya berharap mereka sudah pulih sepenuhnya, namun kepastian mengenai perkara itu cuma akan diketahui esok sama ada mereka sudah bersedia menggalas cabaran.”

Di atas kertas, Kedah masih dianggap pasukan pilihan selepas rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam kejohanan domestik musim ini menyaksikan Kedah menang dua kali dan seri tiga kali.

Kredit foto: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN