Liverpool menang untuk kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Southampton. Adrian berjaya cergas dalam perlawanan ini.
Southampton bermain baik pada separuh masa pertama dengan beberapa siri serangan. Adrian menafikan percubaan jarak dekat.
Selepas bergelut dengan aksi pada separuh masa pertama, Sadio Mane meletakkan Liverpool di hadapan pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Sadio Mané vs. Southampton
68% Pass accuracy
5 Key passes
1 Assist
1 Goal
2/2 Shots on target
1/4 Dribbles complete
3/4 Tackles wonJust brilliant. On his old hunting ground, Mané showed us all why he is just as much a key player for Liverpool as the others. pic.twitter.com/jnxqckG0ID
— The Tactical Times (@Tactical_Times) August 17, 2019
Pada separuh masa kedua, Liverpool memperbaiki tempo permainan. Mereka mendapat beberapa peluang gol menerusi Mohamed Salah dan Roberto Firmino. Namun gagal disempurnakan.
Tiba minit ke-72, Sadio Mane melorongkan bola kepada Roberto Firmino, yang merembat bola rendah.
Namun begitu, pada minit ke-83, Adrian melakukan kesilapan komedi dengan memberikan gol kepada Danny Ings.
2 minit kemudian, Danny Ings mendapat peluang gol di hadapan gawang Liverpool, namun gagal disudahkan.
Liverpool berjaya bertahan untuk memastikan mereka membawa pulang 3 mata berharga.