Quantcast

BERITA

EPL: Hatrik Pukki Julang Norwich, Atasi Newcastle

Pasukan baru naik liga, Norwich mencipta kemenangan pertama mereka musim ini dengan menewaskan Newcastle 3-1 di dalam aksi kepulangan semula perlawanan EPL di Carrow Road.

Para penyokong Norwich memberikan tepukan gemuruh kepada para pemain mereka tanda meraikan kepulangan semula mereka ke EPL.

Teemu Pukki terus menjadi perhatian. Beliau merupakan pemain terbaik Norwich musim lalu. Pukki menjadi wira pasukannya dengan kejayaan mencetak hatrik dalam perlawanan ini.

Pukki meletakkan Norwich di hadapan pada minit ke-32 dengan satu rembatan dari dalam kotak ke sudut kiri.

Bersambung babak kedua, Teemu Pukki Menjaringkan 2 lagi gol. Gol kedua beliau adalah pada minit ke-63 dengan percubaan tenang.

Pada minit ke-75, Teemu Pukki melengkapkan hatrik beliau dengan gol ke-3. Ini merupakan gol ke-4 Pukki dalam 2 perlawanan pertama Norwich musim ini.

Dalam perlawanan pertama lagi Norwich sudah menunjukkan semangat mereka untuk mencabar pasukan lain musim ini.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Newcastle musim ini dalam 2 perlawanan pertama. Dan mereka masih gagal menjaringkan sebarang gol lagi musim ini.