Dua Pemain Berjaya Tuntut Hak Di Mahkamah Selepas Kontrak Ditamatkan Tanpa Sebab Munasabah

Dua pemain bola sepak profesional berjaya memenangi kes yang amat penting di dalam bola sepak, setelah memenangi kes di Mahkamah Tinggi Korea Selatan untuk menuntut hak mereka sebagai pekerja – dari majikan iaitu kelab.

Seongnam FC sebelum ini menamatkan kontrak Lee Won-kyu dan Moon Chang-hyun tanpa persetujuan kedua-dua pemain pada 31 Disember 2016, iaitu setahun sebelum kontrak sebenar kedua-dua pemain tamat.

Akibatnya, Lee dan Moon tidak mendapat bayaran gaji, disingkirkan daripada pasukan, dihalau dari kediaman yang disediakan, dan dipaksa untuk menyertai kelab lain.

Selepas dua tahun memperjuangkan kes ini, Mahkamah Tinggi di negara tersebut akhirnya memutuskan kes berpihak kepada kedua-dua pemain tersebut, dan mengarahkan Seongnam untuk membayar setiap pemain setahun gaji.

Seongnam FC adalah kelab yang beraksi di divisyen teratas bola sepak Korea Selatan, K-League 1.

Kes penting

Kes ini menjadi sangat penting kerana pemain bola sepak di Korea Selatan biasanya liat untuk memperjuangkan hak masing-masing sebagai pekerja, kerana enggan dipandang prejudis sepanjang baki karier mereka.

Kes Lee dan Moon turut diberikan sokongan oleh FIFPRO Korea – badan bebas yang memperjuangkan hak pemain – yang ditubuhkan pada 2017.

“Keputusan mahkamah ini amat bermakna, [kerana ia akan dijadikan rujukan] kerana membenarkan ahli sukan menerima perlindungan sewajarnya daripada urusniaga yang tidak adil,” ujar pengerusi FIFPRO Korea, Lee Kuen-ho.

Di Malaysia

Di Malaysia, isu kegagalan pembayaran gaji oleh pasukan bertanding di Liga Malaysia bukan perkara baharu. Malah ianya ibarat perkara biasa dan wajib berlaku sejak beberapa musim yang lalu, tanpa usaha pro aktif pihak bertanggungjawab.

Jika ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada perkara ini ialah, pemain juga harus tampil berani mempertahankan hak masing-masing, terutama isu kontrak – termasuk untuk mengheret pihak bertanggungjawab ke mahkamah jika tidak mengalami masalah dan situasi yang sama.

BALA RM6.4 JUTA

PFAM ingin menegaskan betapa sehingga kini, pasukan-pasukan ini masih mempunyai tunggakan gaji kepada…

Posted by PFA Malaysia on Saturday, August 3, 2019

FIFPRO Korea adalah badan yang sama seperti Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM). Jika pemain boleh berkerjasama dengan baik dengan pertubuhan FIFPRO seperti di Korea Selatan, mengapa tidak perkara ini turut dipraktikkan di negara kita.

Buat pemain, tepuk dada, tanya selera.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN