Eden Hazard mungkin akan terlepas aksi pembukaan musim baru La Liga 2019/20 bersama pasukan barunya Real Madrid bagi menentang Celta Vigo selepas mengalami kecederaan pada peha kirinya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Real Madrid menyebut:
“Berikutan pemeriksaan yang telah dilakukan selepas latihan hari ini, pemain kami Eden Hazard telah diperiksa oleh pasukan perubatan dan kami mendapati terdapat kesan koyakan ligamen pada otot peha kiri beliau.
“Kami masih menunggu penilaian penuh mengenai kecederaan tersebut.”
OFFICIAL: Real Madrid confirm that Eden Hazard has been diagnosed with a muscular injury to the anterior part of his right thigh.
His recovery will continue to be assessed before Real Madrid’s opening LaLiga match against Celta Vigo tomorrow. pic.twitter.com/woIlkDwYC2
— Squawka News (@SquawkaNews) August 16, 2019
Kecederaan itu ternyata satu tamparan hebat memandangkan Hazard merupakan pemain bintang yang baru menyertai Los Blancis pada musim ini dan antara pemain yang sudah terjamin tempatnya dalam kesebelasan utama.
Kini Gareth Bale, James Rodriguez, Vinicius Jr, Luka Jovic dan Lucas Vazquez berpeluang untuk diturunkan bagi menggantikan pemain antarabangsa Belgium itu.
Real Madrid pada musim ini mahu kembali menjadi pencabar utama di La Liga setelah hanya menamatkan saingan pada musim lalu di tangga ke-3.
Namun persiapan mereka pada musim ini agak bercelaru, termasuk kekalahan memalukan 7-3 kepada Atletico Madrid dalam perlawanan pra musim.
Malah sepanjang tujuh perlawanan yang dilalui, Real di bawah kendalian Zinedine Zidane hanya mencatat tiga kemenangan sepanjang tepoh pra musim. Terbaru, Los Blancos tewas kepada Roma melalui sepakan penalti selepas terikat 2-2 lima hari yang lalu.
Mampukah skuad kendalian Zidane mengelak dari kekalahan memalukan seperti yang dialami Barcelona pada perlawanan pertama?