Piala Malaysia 2019: Aidil Mahu Anak Buah Beri Tumpuan Penuh Misi Kembali Raih Kemenangan

Kedah

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menuntut tumpuan penuh daripada anak buahnya untuk kembali bangkit mencatatkan kemenangan pada pertemuan menentang Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kedah memulakan kempen Piala Malaysia 2019 (Kumpulan A) dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Paroi hasil jaringan Fernando Rodriguez, Shakir Hamzah dan Jonatan Bauman.

Bagaimanapun rentak positif itu tersentak di laman sendiri apabila skuad ‘Lang Merah’ dikejutkan Terengganu FC 0-2 walaupun pasukan pelawat beraksi dengan 10 pemain pada keseluruhan aksi babak kedua.

“Kami tahu motivasi mereka (PKNS FC) sudah meningkat, namun dalam menghadapi cabaran itu, saya mahu semua pemain supaya memberi tumpuan 100 peratus dalam misi mendapatkan tiga mata kali ini selepas kecewa menentang Terengganu FC 8 Ogos lalu.

“Saya mahu pemain manfaatkan segala peluang yang ada dan beri fokus terhadap corak permainan seperti ditunjukkan sebelum ini.

“Perlawanan menentang PKNS FC ini tidak semudah disangka dan kami perlu lebih berdisiplin dan pada masa sama lebih berhati-hati supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan pasukan.

“Semua pemain perlu bangkit dengan semangat baharu memburu tiga mata yang sangat kita perlukan dalam perlawanan ketiga ini,” ujar Aidil bercakap kepada Berita Harian.

Lebih menarik untuk disaksikan perlawanan pada malam ini adalah Kedah dan PKNS FC kini sedang berkongsi tiga mata. Kedah hanya berkelebihan satu defisit jaringan berbanding skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu.

Sudah pasti ia bakal menjadi pertempuran sengit dalam usaha kedua-dua pasukan memburu kemenangan kedua selepas mengharungi tiga perlawanan, sekaligus menjelmakan peluang yang lebih cerah untuk ke peringkat suku akhir.

Di atas kertas, Kedah kelihatan memiliki sedikit kelebihan berbanding PKNS FC selepas mencatatkan dua kemenangan di Stadium Shah Alam iaitu 3-1 pada aksi separuh akhir Piala FA manakala 3-2 ketika kempen liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN