Pemain Hargai Usaha FAM & MFL Bantu Selesaikan Masalah Tunggakan Gaji

Gaji

Usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) dalam membantu menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain diperakui ramai pihak.

Ini termasuk beberapa pemain yang berjaya mendapat semula tuntutan tunggakan gaji menerusi bantuan FAM dan MFL selepas kegagalan pengurusan pasukan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Antaranya bekas pemain PDRM 2018, Hazwan Fakhrullah Mohd Zuridi yang berjaya memperoleh semula bayaran gaji tertunggak
daripada bekas majikannya, pada 22 Februari lalu bersama 11 pemain lain.

Hazwan berterima kasih dengan pertolongan FAM kerana melalui pemotongan hak penyiaran daripada PDRM, beliau dan rakan-rakan boleh menarik nafas lega apabila tidak lagi memikirkan sebarang tunggakan bersama pasukan lamanya.

Tambahnya, beliau mengakui setiap pemain perlu berhati-hati memilih pasukan di masa depan serta faham peranan FAM serta MFL hanya cuba membantu dan memperketatkan peraturan secara berperingkat yang wajib diikuti oleh tiap pasukan.

“Alhamdulillah hak saya telah berjaya dilunaskan melalui pertolongan FAM selain ada sebahagian baki turut dibayar oleh PDRM menerusi pengurusan baharu yang lebih prihatin. Saya rasa cukup berpuas hati dengan apa yang saya dapat sekarang serta rakan-rakan yang lain.

“Bagi saya isu utama di sini adalah kedudukan kewangan pasukan yang kita wakili, jadi apabila isu tunggakan itu terjadi, sudah tentu menjadi tanggungjawab FAM dan MFL selesaikan masalah.

“Perkara ini kena dilihat secara lebih menyeluruh oleh semua pihak dan bukannya perlu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak kerana jalan penyelesaian sentiasa ada, ” katanya.

Zairul Fitree Ishak

Bekas pemain Marcerra Kuantan FA, Zairul Fitree Ishak dan Daudsu Jamaluddin juga dalam situasi sama apabila berdepan isu tunggakan gaji bersama Marcerra Kuantan FA sebelum FAM tampil membantu untuk meringankan beban pemain-pemain apabila membayar tunggakan gaji mereka pada awal tahun ini.

Zairul yang kini beraksi dengan UITM FC dan Daudsu selaku ketua pasukan Kelantan United mengakui FAM masih cuba membantu meringankan beban pemain apabila mendapat sedikit bayaran daripada FAM dan yakin akan dilunaskan sepenuhnya pada masa depan.

“Betul, FAM ada tolong kami yang pernah beraksi dalam Marcerra tahun lepas dengan bantu bayar tunggakan gaji yang ditinggalkan pasukan itu.

“Walaupun secara berperingkat, tapi setidak-tidaknya ia meringankan beban kami dan saya sendiri gembiralah dengan bantuan yang diterima walaupun hakikatnya agak terkilan kerana tak dapat timba pengalaman baharu selepas tinggalkan Kelantan FA, “ kata Zairul.

Daudsu Jamaluddin

“Untuk ketika ini, saya cuma harap tunggakan gaji lama daripada KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) pula dapat diselesaikan secepat mungkin selepas hampir dua bulan keputusan dikeluarkan Jawatankuasa Status FAM.

“Apa yang penting ketika ini kita harap semua pihak sama-sama bantulah apa yang patut untuk selesaikan kemelut gaji yang masih ada kerana itu jadi keutamaan setiap pemain, ” kata Daudsu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN