MPFL 2019: Fariq Mohammad Anggap Aksi Sengit Bakal Dihidangkan Di Ipoh

Fariq

Skuad futsal Selangor bakal berkunjung ke Stadium Indera Mulia, Perak malam ini dalam misi mengukuhkan kedudukan di persada Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019.

Pertemuan menentang Perak ini juga menjadi misi serampang dua mata apabila pasukan yang diketuai Muhammad Fariq Mohammad itu kini mengintai kemenangan ketujuh sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah yang masih dipegang ketika ini.

Fariq yang sudah meledakkan lapan jaringan pada kempen liga musim ini menyifatkan aksi menarik bakal dijelmakan kedua-dua pasukan.

”Perlawanan malam ini sudah tentu adalah satu perlawanan yang sengit di mana kedua-dua pasukan memiliki pemain berkualiti dan rata-rata terdiri pemain cukup berpengalaman.”

”Jika kita lihat pada perlawanan sebelum ini juga, Selangor dan Perak memiliki corak permainan dan momentum yang sangat baik.”

”Kami pastinya tidak mahu kehilangan mata dan ingin mengekalkan jarak mata yang jauh bagi meninggalkan pasukan lain. Ini kerana kami tidak mahu menunggu atau bergantung kepada keputusan lain pada akhir saingan nanti.”

Dalam perkembangan lain, Selangor turut menggunakan kesempatan jendela perpindahan yang dibuka bagi memantapkan pasukan dengan membawa masuk penjaring utama KL City FC, Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar.

Kehadiran penjaring tujuh gol MPFL 2019 itu jelas menggembirakan Fariq yang mengharapkan perkembangan terkini itu dapat membantu Selangor.

”Alhamdulillah, saya merasakan dengan kehadiran Boy (panggilan mesra Muzhaffar) dapat menajamkan lagi bahagian serangan pasukan Selangor.”

”Kita juga sedia maklum bahawa beliau memiliki sentuhan jaringan yang cukup baik ketika bersama KL City dan juga merupakan penjaring terbanyak buat pasukannya.”

Pada aksi pembukaan saingan MPFL 2019 pada Jun lalu, Selangor berjaya menundukkan Perak dengan keputusan 5-0 di Shah Alam.

Kredit foto: Selangor MAC Futsal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN