Pemain Kecewa Tindakan Stuart Ramalingam Bidas Kenyataan Dikeluarkan PFAM

Tindakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang membidas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail berkenaan isu tunggakan gaji sememangnya mengejutkan.

Perkara itu juga mendapat perhatian pemain yang turut terpalit dengan permasalahan tersebut iaitu bekas pemain Hanelang FC, Mohd Faizol Hussein.

Menurut satu ‘posting’ di laman Instagram peribadinya, Faizol yang pernah menyarung jersi Pahang dan Johor Darul Ta’zim pada satu ketika jelas terkejut dengan tindakan Stuart dan meluahkan kekecewaannya berhubung perkembangan semasa itu.

”Amat sedih apabila kenyataan ini keluar dari individu yang berjanji untuk membantu mencari penyelesaian kepada masalah gaji yang kami alami. Apa lagi yang kami, sebagai pemain yang menjadi mangsa pencabulan kontrak boleh harapkan apabila usaha wakil kami PFAM dihentam oleh FAM sendiri.”

FAM Tuduh PFAM Tidak Bertanggungjawab Keluar Kenyataan, Seperti Ada Agenda Tersembunyi

“Jika dilihat kembali kenyataan PFAM, mereka hanya menyuarakan isi hati kami yang mahukan pembelaan dan menuntut pihak yang menjadi punca kepada masalah ini untuk tampil bertanggungjawab.

”PFAM sedikit pun tidak menyentuh dan mencalarkan kredibiliti FAM, malah PFAM juga turut menyuarakan kerisauan bahawa apa yang direncanakan FAM iaitu F:30 boleh terkubur jika pasukan masih tidak serius dalam menangani isu gaji.”

“Apabila PFAM dihentam sebegitu, kami yang terkesan kerana PFAM adalah wakil kami untuk menuntut hak kami. Segala yang PFAM nyatakan adalah menyuarakan isi hati kami yang sedang menderita akibat hak yang dilanggari.”

“FAM juga perlu sedar, penantian kami ini bukan sehari dua, tetapi telah menunggu berbulan lamanya. Kami telah melalui proses di FAM dan untuk tempoh ini sahaja, sudah banyak keperitan yang terpaksa kami hadapi.

“Ada yang kereta sudah ditarik, ada yang dihalau dari rumah sewa, terpaksa menjual harta benda, dan pastinya semua terpaksa menebalkan muka untuk mendapat pinjaman dari rakan dan keluarga.

“Jika usaha PFAM untuk membela nasib kami ini dipandang serong oleh FAM sendiri, apakah lagi kami boleh memberi kepercayaan dan harapan kepada industri ini?

Semalam, Izham meluahkan kekecewaannya berikutan sikap tidak bertanggungjawab beberapa pengurusan persatuan bola sepak tanah air yang mengakibatkan ramai pemain tertindak kerana tunggakan gaji.

Baca juga: https://semuanyabola.com/pfam-bala-rm6-4-juta-dan-penindasan-dalam-bola-sepak-malaysia/

Kredit foto: Utusan Online

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN