Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi melalui satu kenyataan telah mengesahkan skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe bakal berhadapan Jordan dalam satu perlawanan persahabatan, sebelum bermulanya aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Menurut kenyataan tersebut, perlawanan menentang Jordan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos akan datang.
Malaysia lwn Jordan
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu Jordan (ranking ke-99 dunia) pada 30 Ogos 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia & UAE, 5 & 10 September.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/G3VU8PfNCM
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 1, 2019
Untuk rekod, Jordan kini menduduki tangga ke-99 ranking dunia FIFA, dan akan memulakan saingan di pusingan kelayakan menentang Taiwan di tempat lawan pada 11 September.
Pasukan negara yang kini berada di tangga ke-159 dunia pula akan berkunjung ke Indonesia pada 5 September hadapan, sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk menanti kunjungan UAE pada 10 September.
Dua lagi lawan pasukan negara di saingan peringkat kumpulan pusingan kelayakkan adalah Vietnam dan juga Thailand. Malaysia pernah menewaskan kesemua lawan mereka ini sebelum ini, namun cabaran kali ini dilihat berbeza kerana setiap pasukan dijangka akan membariskan pemain terbaik mereka, termasuk yang berkelana di luar negara.