Arsenal telah mencapai persetujuan dengan kelab Ligue 1 Perancis, Lille untuk membawa masuk pemain sayap Ivory Coast, Nicolas Pepe dengan urusniaga perjanjian bernilai £72 juta.
Menariknya mengenai perpindahan ini ialah Lille bersetuju jumlah tersebut dibayar secara ansuran oleh kelab London tersebut, yang diketahui mempunyai bajet terhad pada musim ini.
Namun demikian Arsenal masih perlu berbincang dengan wakil Pepe mengenai terma-terma lain.
“Aubameyang and Lacazette will not be leaving Arsenal to help finance this deal”
?️ Okay Arsenal fans, @bbcsport_david is here to talk you through the Nicolas Pepe deal and what this means for Wilfried Zaha and Kieran Tierney.#bbcfootball #AFC pic.twitter.com/D6XknU7324
— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) July 27, 2019
Sebelum ini pemain sayap berusia 24 tahun ini dikaitkan dengan Liverpool dan Manchester United, sebelum Napoli dikatakan telah mencapai persetujuan dengan Lille dan ejen pemain tersebut.
Namun kini kem Pepe dipercayai telah menolak untuk menerima tawaran dari Napoli untuk ke London.
Pepe boleh beraksi sebagai pemain sayap kanan, sebagai seorang inverted winger menggunakan kekuatan kaki kirinya.
Nicolas Pépé was the only player in Europe’s top five divisions to have 100+ shots, win 100+ fouls and complete 100+ take-ons in the league in 2018-19:
• 118 shots
• 108 fouls won
• 102 take-ons22 goals and 11 assists to show for it. pic.twitter.com/8bWPoay89A
— Squawka Football (@Squawka) July 27, 2019
Namun beliau juga boleh beraksi sebagai penyerang di dalam formasi 4-4-2. Pepe bakal menjadi pemain ketiga yang menyertai Arsenal selepas Dani Ceballos dan William Saliba diumumkan tiba di Emirates pada minggu lalu.
Pemain ini menjaringkan 23 gol untuk Lille pada musim lalu dan mempunyai ciri-ciri pemain yang dikehendaki oleh Arsenal – setelah gagal memujuk Crystal Palace untuk melepaskan Wilfried Zaha sebelum ini.