Mehmet Tetap Bangga Dengan Persembahan Pemain Perak

Perak pulang hampa. Tetapi bagi pengendali pasukan, Mehmet Durokovic, pemain-pemainnya telah memberikan aksi terbaik di perlawanan akhir Piala FA, yang menyaksikan Kedah merangkul kejuaraan selepas melalui masa tambahan.

Untuk itu, Mehmet tetap berbangga kerana pemain-pemainnya telah menampilkan aksi terpuji sepanjang tempoh perlawanan.

Untuk rekod Mehmet telah berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia sebagai pemain, dan juga sebagai jurulatih bersama Perak pada musim lalu. Namun Mehmet belum pernah mengecapi sebarang kejuaraan di pertandingan Piala FA.

Reax Mehmed #PRKKED

“Pasukan saya beraksi dengan amat baik tetapi itulah bola sepak dan saya mengucapkan tahniah kepada Kedah”

Ini merupakan kata-kata oleh ketua jurulatih Perak TBG, Mehmed Durakovic selepas tamat perlawanan akhir #ShopeePialaFA2019.

#MFLLive
#PRKKED

Posted by Malaysian Football League on Saturday, July 27, 2019

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, beliau dipetik sebagai berkata:

“Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik dan mempamerkan corak permainan menyerang namun keadaan padang yang lembut sedikit memberi kesan kepada kami,” kata Durakovic seperti yang dilaporkan melalui Berita Harian.

Durokovic turut berpendapat layangan kad kuning kedua terhadap Amirul Azhan pada babak akhir masa sebenar memberikan impak kepada prestasi pasukan, dan membenarkan Kedah mengambil kesempatan dengan jumlah pemain yang ada.

“Kita sepatutnya memenangi perlawanan ini dengan mudah namun kad kuning kedua itu mengecewakan kami.

“Apapun, Kedah adalah pasukan yang baik dan saya bangga dengan pemain yang menunjukkan semangat juang sehingga wisel penamat dibunyikan.”

Perak sendiri terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini ketika tempoh masa sebenar.

Gol tunggal dan kemenangan Kedah dijaringkan oleh pemain gantian, Mohd Fadzrul Danel pada minit ke-105 perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN