Ismail Zakaria: “UiTM FC Miliki Peluang Seimbang Untuk Piala Malaysia”

ismail zakaria liga malaysia

Bagi pengendali UITM FC, Ismail Zakaria, undian saingan Piala Malaysia 2019 dilihat adil dan peluang UITM FC bersama dua pasukan lain adalah seimbang – PJ City FC dan PKNP FC.

Menurutnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah pasukan yang terlebih dahulu akan mengesahkan tiket ke suku akhir, sementara UITM FC akan bersaing bersama PJ City FC dan PKNP FC untuk satu lagi slot.

“JDT adalah pasukan pertama yang saya jangka akan layak lebih awal ke peringkat suku akhir manakala peluang tiga lagi pasukan adalah seimbang,” ujarnya yang dipetik daripada Berita Harian.

UiTM FC is in group B with Johor Darul Ta’zim, PJ City FC and PKNP FC.
#TheLions
#UiTMFC
#whenthelionsroar
#UiTMdihatiku
#PialaMalaysia2019

Posted by UiTM FC on Monday, July 22, 2019

JDT baru mengesahkan kejuaraan Liga Super kali keenam berturut-turut dan untuk saingan Piala Malaysia pula, Harimau Selatan telah dua kali beraksi di pentas final iaitu pada edisi 2014 dan 2017. JDT menjuarai Piala Malaysia untuk percubaan kali kedua mereka.

Begitupun, bagi pengendali yang digelar ‘pembunuh pasukan gergasi’ itu, ditempatkan bersama JDT adalah suatu peluang untuk pemain-pemainnya menimba pengalaman yang berharga.

Ini kerana, UITM yang boleh dikatakan dibarisi majoriti penuntut universiti untuk musim 2019 itu akan berpeluang menentang kelab pertama Malaysia yang telah beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini yang juga merupakan juara Piala AFC 2015.

UiTM FC Goal Scorers for 2019 Malaysia Premier League ??
3️⃣3️⃣ goals ??????
#TheLions
#UiTMFC
#whenthelionsroar
#UiTMdihatiku

Posted by UiTM FC on Tuesday, July 23, 2019

“Ini peluang menarik dan pengalaman yang berharga kepada pemain untuk membuktikan kemampuan mereka bertemu juara Liga Super yang juga kelab pertama dari Malaysia yang mewakili negara bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Selain itu, saya percaya pemain kami yang terdiri daripada penuntut universiti akan lebih matang bersaing dalam Liga Perdana musim depan selain dapat merasai pengalaman beraksi dengan barisan pemain JDT terutama di Larkin,” jelasnya.

“Kami tidak akan memberi laluan mudah ataupun membenarkan pintu gol dibolosi lawan sebaliknya bertekad untuk melakar kejutan dalam saingan piala berprestij itu,” tekadnya

Dalam saingan Liga Premier musim ini, UITM FC biarpun dibarisi pemain-pemain yang tiada pengalaman luas untuk pentas Liga Malaysia telah berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-6 liga – mengulangi pencapaian mereka pada musim 2017.

Untuk Piala Malaysia, ini merupakan musim ke-3 The Lion Troops akan menyertainya dengan dua musim sebelum ini iaitu edisi 2017 dan 2018, mereka menamatkan aksi di peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN