MFL Sahkan Tiga Pengadil Dari Jepun Bakal Adili Perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019

Pengadil

Kelibat tiga pengadil dari Jepun bakal mewarnai pentas final Shopee Piala FA 2019 yang menemukan dua jaguh dari Utara, Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 27 Julai ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam yang turut memberitahu, pihaknya teruja menyambut kehadiran pegawai pertandingan dari negara matahari terbit itu.

Kevin optimis penglibatan tenaga daripada wakil Jepun itu bukan sahaja menyemarakkan lagi suasana final Shopee Piala FA 2019 sebaliknya dapat memberikan satu kelainan baharu khususnya daripada aspek mutu pengadilan.

Jelasnya lagi, pengadil tempatan turut tidak terlepas daripada perhatian di mana seorang wakil negara akan membantu tiga pegawai pertandingan dari Jepun sebagai pengadil keempat perlawanan dalam memantapkan lagi mutu pengadilan Shopee Final Piala FA 2019.

“MFL dapat mengesahkan bahawa tiga pengadil dari Jepun akan terlibat dalam aksi final Shopee Piala FA 2019 di mana seorang pengadil tempatan kita akan bertindak sebagai pengadil keempat nanti.

“MFL percaya bahawa JFA (Persatuan Bolasepak Jepun) akan memberikan wakil-wakil terbaik mereka untuk menjadi pengadil final Shopee Piala FA 2019

“FAM yang membuat perlantikan (pengadil aksi final Shopee Piala FA 2019) di mana saya juga percaya FAM akan memastikan pengadil itu sesuai dengan perlawanan ini dan saya berasa yakin final Shopee Piala FA 2019 akan berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di SNBJ hari ini.

Sementara itu Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Tajul Hasnan Omar yang turut hadir pada Mesyuarat Pengelola Final Shopee Piala FA 2019 mengakui pihaknya turut mengalu-alukan kehadiran pengadil dari Jepun kali ini.

“Perak tiada masalah siapa juga pengadil kerana FAM lebih arif dalam pemilihan pengadil, kita selaku pasukan akur asalkan perlawanan berjalan dengan baik jadi tak perlu kita pertikaikan,” katanya.

Turut senada adalah Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin yang percaya pendekatan FAM dan MFL itu seharusnya dipandang daripada sudut positif.

“Kami menyambut positif dengan lantikan pengadil berkecuali, bukan
menidakkan pengadil tempatan, mungkin perlawanan penting ini langkah terbaik adalah menggunakan khidmat pengadil asing. Ini kebiasaan berlaku apabila pengadil kita bertaraf FIFA pun menjadi pengadil perlawanan akhir di Liga Filipina,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Kevin turut mengesahkan padang SNBJ telah berada dalam keadaan terbaik dan sedia untuk aksi final Shopee Piala FA 2019.

“Kita sudah teliti dalam tempoh sebulan dan MFL mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak stadium kerana mengawal dan menghadkan penggunaan padang.

“Pihak stadium turut berusaha untuk memastikan padang keadaan terbaik untuk aksi final Shopee Piala FA 2019 ini dan MFL berharap tiada sebarang masalah berkaitan padang pada kali ini,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN