MPFL 2019: Hasrinizam Akui Ridzwan Bakri & Awalluddin Nawi Kunci Kepada Kemenangan Perak

Awalluddin Ridzwan Perak Futsal

Penolong jurulatih skuad futsal Pulau Pinang, Hasrinizam Hashim menyifatkan bahawa dua pemain lawan merupakan kunci utama kepada kemenangan 8-3 Perak dalam perlawanan ke-6 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019, malam tadi.

Dua pemain tersebut adalah pemain utama skuad kebangsaan, Ridzwan Bakri dan Awalluddin Nawi yang bertanggungjawab meratah Pulau Pinang dan memberi kemenangan ke-2 Perak.

“Malam ini, Perak berterusan menekan pasukan terutamanya dua pemain utama mereka iaitu Ridzwan Bakri dan Awalluddin Nawi yang berjaya memecah zon pertahanan kita,” ujar Hasrinizam Hashim yang ditemui Semuanya BOLA sejurus perlawanan tamat.

Biarpun masing-masing hanya menjaringkan satu gol (Ridzwan Bakri) dan dua gol (Awalluddin Nawi), peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemain tersebut sangat besar terutamanya Ridzwan Bakri yang lincah dan menyukarkan kem tuan rumah.

Bercakap mengenai keberkesanan kedua-dua pemain tersebut memecah zon pertahanan, Semuanya BOLA turut bertanyakan kepada Hasrinizam Hashim punca kepada bolos yang besar.

Kekalahan 3-8 ini telah menyebabkan Pulau Pinang merekodkan jumlah bolos terbesar dengan 25 gol walaupun berada di tangga ke-5 liga berbanding KL City FC, 23 bolos di kedudukan tercorot.

“Ketiadaan beberapa pemain sedikit sebanyak telah merencatkan persiapan pasukan terutamanya ketika bertahan,” ujarnya yang memberikan contoh ketiadaan pemain skuad kebangsaan, Iqhmal Najmie yang telah mengalami patah metatarsal sebelum ini.

Iqhmal Najmie, pulau pinang
FOTO: JOMA

“Kita cuba merapatkan jurang gol dengan membuat tekanan di depan tetapi malangnya kesilapan terlalu cepat hilang kawalan membuatkan kita ketinggalan,” ulasnya ketika ditanya mengenai kesukaran skuadnya untuk bangkit selepas gol ke-4 pelawat,

Kesilapan mudah pemain Pulau Pinang menghadiahkan gol ke-4 tersebut dilihat menyumbang kepada kejatuhan moral pasukan dan kemudian berterusan dibolosi biarpun sepanjang aksi babak pertama tampak dikuasai sepenuhnya oleh tuan rumah.

Bercakap mengenai tuah lebih memihak ketika beraksi di laman lawan, Hasrinizam Hashim tidak memberikan jawapan jelas biarpun statistik menunjukkan dua kemenangan telah berjaya diraih ketika beraksi luar daripada Kompleks Sukan Azman Hashim USM.

Sementara untuk aksi di USM pula, Pulau Pinang telah tewas dua kali (kepada Selangor dan Perak) dan seri sekali (menentang Kuala Lumpur) menjadikan laman sendiri bagai lubuk mata buat lawan.

“Kita sendiri tidak ambil peluang untuk menjaringkan gol walaupun pemain cuma berdepan dengan pintu gol iaitu sebanyak 4, 5 kali. Sebaliknya, Perak yang mencuri 3 mata dengan penyudah yang begitu baik pada malam ini,” ulasnya mengenai tuah buat lawan.

Sabtu ini, Pulau Pinang akan berkunjung ke gelanggang lawan untuk menentang Kedah yang sebelum itu berpotensi memintas mereka jika menang ke atas KL City FC pada Rabu ini di Alor Setar.

Kredit Featured Image: Perak Futsal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN