Malam serba tidak menjadi buat Sadio Mane dan Senegal, atau sememangnya Algeria bernasib baik kerana muncul juara Piala Negara-Negara Afrika 2019 (AFCON 2019).
Hakikatnya demikianlah bola sepak dimana apa sahaja boleh berlaku, terutama di perlawanan akhir yang boleh ditentukan oleh momen-momen tertentu.
Algeria muncul juara AFCON 2019 buat kali kedua dalam sejarah penyertaan mereka apabila menewaskan Senegal 1-0 di perlawanan akhir dengan gol yang dianggap pelik dan kejam.
Baghdad Bounedjah’s first minute deflected effort handed @LesVerts their second AFCON title after a 29-year wait with a 1-0 victory over Senegal in a highly charged final at the Cairo International Stadium on Friday night.
Our match report from the #TotalAFCON2019 final:
— CAF (@CAF_Online) July 19, 2019
Rembatan minit ke-2 oleh Baghdad Bounedjah dari luar kotak penalti cuba dihadang oleh Salif Sane. Ia berakhir dengan boa terbias, menyaksikan ia melambung tinggi sebelum menewaskan penjaga gol Alfred Gomes di penjuru kiri atas gawang.
Senegal berpeluang menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan selepas dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil.
The penalty is off. #SENALG #TotalAFCON2019 https://t.co/QTCLOjZHBK
— CAF (@CAF_Online) July 19, 2019
Kali ini VAR menjadi penyelamat Algeria apabila pengadil menukar keputusan memberikan sepakan penalti setelah menyemak kembali rakaman permainan.
Algeria bertahan selepas itu tatkala Senegal menguasai 64% penguasaan bola. Jaringan awal Bahgdad Bounedjah itu juga merupakan satu-satunya percubaan oleh barisan pemain Algeria sepanjang perlawanan.
It’s their night and no one can take that away ??#TotalAFCON2019 #CelebrateAfrica pic.twitter.com/MgqbMbSxkF
— CAF (@CAF_Online) July 19, 2019
Tamat 90 minit perlawanan, pemain-pemain Senegal rebah dengan tangisan meratapi wisel penamat yang ditiupkan pengadil.
Manakala pemain Algeria pula penuh dengan sukacita kepuasan muncul juara sejak kali terakhir berbuat demikian pada kejohanan edisi 1990.