Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah memberi bayangan yang pasukannya tidak akan membeli sebarang pemain baharu untuk jendela perpindahan ini.
Liverpool ketika ini sedang dikaitkan dengan kepulangan semula Philippe Coutinho dari Barcelona, namun pengurus itu menafikan dakwaan itu.
Menurut laman rasmi Liverpool, Klopp mengatakan yang beliau kini sudah berpuas hati dengan skuad yang dimiliki dan tidak akan membuat sebarang pembelian baharu.
“Jendela perpindahan ini bukanlah yang terbesar buat Liverpool. Kami telah melabur banyak dalam masa 2 tahun kebelakangan ini.”
“Kita tak boleh berbelanja mewah setiap tahun.”
Tambah Klopp lagi, beliau mengatakan yang Liverpool tidak berada dalam sebarang tekanan untuk membawa pemain baharu.
“Saya boleh katakan yang kami agak tenang ketika ini. Kami akan nantikan apa yang akan terjadi selepas ini.”
Pada hemat Klopp, hanya ada beberapa pasukan sahaja di dunia ini yang boleh berbelanja besar pada setiap musim.
Manchester City, Paris Saint-Germain adalah 2 pasukan tersebut selain Barcelona dan juga Real Madrid.
Setakat ini, Klopp sememangnya tidak risau dengan situasi skuad beliau kerana di setiap posisi telah dipenuhi dengan pemain yang berkaliber.
Apa yang perlu dicari oleh Klopp ketika ini ialah pengganti di bahagian serangan dan juga pertahanan kiri.
Ini adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Daniel Sturridge dan juga Alberto Moreno.
Kedua-dua pemain itu meninggalkan Liverpool selepas kontrak tamat tempoh hari.