Quantcast

BERITA

RASMI: Matthijs De Ligt Kini Sah Milik Juventus

Pemain pertahanan tengah berusia 19 tahun, Matthijs de Ligt kini sah menjadi pemain Juventus. Perkara tersebut diumumkan oleh gergasi Serie A itu melalui rangkaian media sosial milik mereka, sebentar tadi.

Pemain itu sebelum itu telah menjalani ujian pemeriksaan yang diadakan semalam.

Juventus dipercayai membayar sekitar €75 juta kepada Ajax untuk mendapatkan pemain tersebut – yang juga merupakan kapten kepada kelab Belanda itu.

Laporan dari media antarabangsa berkata, De Ligt telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Turin tersebut dan akan menerima bayaran sekitar €12 juta semusim.

Daripada jumlah tersebut, €8 juta adalah pendapatan tetap, manakala baki €4 juta lagi adalah bayaran dalam bentuk bonus.

Pengesahan oleh Juventus ini bermakna persoalan mengenai masa depan salah seorang pemain paling dikehendaki di eropah sudah pun terjawab.

Beberapa hari lalu Juventus dikatakan cuba meminta harga lebih rendah untuk pemain berusia 19 tahun itu, namun ianya ditolak oleh Ajax.

Perkara itu telah menangguhkan ketibaan De Ligt ke Juventus walaupun persetujuan lisan telah dilakukan dengan pemain dan pihak kelab sebelum itu.

Pada musim panas lalu, Manchester United, Liverpool, Paris Saint-Germain (PSG), Manchester City, dan Barcelona – semuanya telah dikaitkan dengan Matthijs de Ligt.