Bukan Prank, Sebaliknya Jersi Huddersfield Dengan ‘Sash’ Ini Adalah Rasmi

Beberapa hari lalu tertiris di media sosial bahawa jersi baharu Huddersfield menggunakan motif ‘sash’. Ramai yang menganggap ianya sekadar satu jenaka / ‘prank daripada pihak Paddy Power.

Bagi peminat Huddersfield jauh di sudut hati mereka mahukan kejutan dengan jersi yang cantik – selepas ‘prank’ tersebut yang dianggap sebagai hanya salah satu gimik publisiti ataupun publicity stunt.

Hal ini kerana di England sudah ada garis panduan untuk rekaan jersi. Mana mungkin pihak pengurusan Huddersfield dan penaja tidak arif akan perkara tersebut.

Namun sebenarnya ia bukanlah satu prank. Jersi tersebut benar-benar berbentuk ‘sash’ dengan nama penaja.

Huddersfield mempersembahkan secara rasmi jersi tersebut menerusi media sosial.

Pihak Paddy Power turut – dengan bangganya – mengumumkan perkara itu di laman sosial mereka.

Jersi tersebut juga dipakai buat pertama kali oleh para pemain Huddersfield dalam aksi pra-musim semalam.

Berdasarkan tinjauan kami, rata-rata penyokong Huddersfield marah dan malu dengan rekaan jersi tersebut yang dianggap teruk.

Reaksi daripada peminat bola sepak juga rata-rata menjadikan ia sebagai lawak jenaka. Ada yang menganggap ia seperti ‘sash’ pertandingan ratu cantik.

https://twitter.com/BallStreet/status/1151583579501191168?s=19

Para penyokong Huddersfield menyatakan kemarahan mereka ketika perlawanan pra-musim menentang Rochdale semalam. Walaupun mereka menang dalam perlawanan ini, ramai juga penyokong mengalihkan perhatian untuk mengutuk jersi yang dikenakan.

Ada seksyen penyokong bersorak : “Sila berdiri jika kamu bencikan jersi itu.”

Hanya beberapa jam selepas jersi itu dilancarkan kepada umum secara rasmi – disambut dengan reaksi marah para penyokong – kemudiannya, dilaporkan pula ; FA England telah menghubungi Huddersfield – meminta penjelasan tentang rekaan tersebut yang tidak menepati standard ditetapkan.

Pihak Paddy Power dan Huddersfield masih belum memberikan sebarang respon berkenaan dengan perkara tersebut.

Persoalannya kini, jika mereka dilarang untuk menggunakan jersi yang melanggar standard ditetapkan – kerana saiz penaja yang terlalu besar – Adakah mereka akan menghasilkan satu lagi jersi? Jika ini berlaku ianya sudah pasti memakan kos yang tinggi. Bagaimana pula dengan mereka yang suka memberi jersi tersebut?

Ataupun mungkin mereka diberikan pengecualian khas pada kali ini?

Sama-sama kita nantikan perkembangan perkara ini dari semasa ke semasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN