RASMI: Julian Johan Bechler Diumum Pemain Baharu JDT

Beberapa bulan lalu, nama Julian Johan Bechler, secara tiba-tiba menjadi tular ketika ini selepas berjaya disambar Johor Darul Ta’zim (JDT) – dan akan diserap ke pasukan JDTIII.

Penjaga gol berusia 17 tahun itu merupakan pemain berdarah kacukan Malaysia-Jerman yang kini menetap di Frankfurt dan ketika ini sedang beraksi bersama skuad B-19 kelab Tus Hornau.

Ibu Julian, Datuk Nooraini Anne Bechler adalah rakyat Malaysia dan ini melayakkannya pemain yang beraksi di posisi penjaga gol itu secara automatik untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Datin Nooraini berharap karier Julian akan sukses di JDT dengan adanya fasiliti berkelas dunia di kelab tersebut.

Lewat malam semalam, JDT dengan rasminya mengumumkan Julian sebagai pemain baharu Harimau Selatan dalam satu majlis pengenalan pemain dan menandatangani kontrak.

Julian sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau memilih Malaysia kerana ibunya berasal dari Malaysia dan ada keluarga yang besar di negara ini.

Julian Johann Bechler juga pernah menghadiri sesi pemilihan skuad remaja B-19 Malaysia kendalian Bojan Hodak. Namun ketika itu beliau tidak boleh mewakili Malaysia kerana tiada kad pengenalan Malaysia. Dan ketika itu jugalah Bojan Hodak mencadangkan nama JDT untuk Julian.

Selamat maju jaya buat Julian Johan Bechler.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN