Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam mengumumkan akan memberikan diskaun untuk tiket bagi perlawanan terakhir membabitkan pasukan itu pada musim ini.
Kelantan akan berhadapan dengan UKM FC di Liga Premier pada Sabtu hadapan. Beraksi di halaman sendiri untuk kali terakhir pada musim ini, Kelantan FA yang memiliki barisan kepimpinan serba baharu sebenarnya sedar kepentingan mengutip tiga mata penuh pada hujung minggu ini.
Kelantan kini menduduki tangga ke-10 dan telah mengumpul 14 mata dari 19 perlawanan lalu. Kedudukan ini bermakna skuad The Red Warriors hanya mempunyai kelebihan satu mata berbanding Sarawak yang berada di tangga tercorot.
NEXT MATCH!
Kelantan akan berdepan UKM FC untuk perlawanan terakhir Liga Premier musim ini di Stadium Sultan Muhammad IV. Jumpa anda di sana!
#MisiKekalLigaPremier2019
Posted by Kelantan FA on Tuesday, July 16, 2019
Kemenangan ke atas UKM FC pada Sabtu hadapan juga bermakna Kelantan akan terus kekal berada di saingan Liga Premier pada musim hadapan.
Mengulas mengenai diskaun tiket perlawanan, Presiden KAFA, Wan Abdul Rahim Wan Abullah berkata:
Sukacita dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Wan Abdul Rahim Bin Wan Abdullah mengumumkan…
Posted by Kelantan FA on Monday, July 15, 2019
“Kami mengumumkan harga tiket pada perlawanan itu RM20 bagi tiket astaka (harga asal RM55) astaka terbuka RM10 (RM45), terbuka RM5 (RM12) dan bawah umur 12 tahun percuma (asal RM5).
“Ia merupakan satu langkah pihak kami untuk menarik penyokong memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan dan seterusnya memperoleh mata.”
Abdul Rahim juga berkata beliau menuntut agar pemain menampilkan aksi terbaik dan menghadiahkan kemenangan untuk penyokong yang turun ke stadium pada Sabtu hadapan.