Frank Lampard Tak Mahu Pemain Baru, Tuntut Mason Mount Cabar Pemain Senior

Chelsea

Pengurus baru Chelsea, Frank Lampard tidak risau dengan kekangan perpindahan pemain yang dihadapi kelabnya kerana ‘tidak mahu pemain baru’.

Bercakap kepada media dalam sidang media menjelang perlawanan pra-musim menentang pasukan J.League, Kawasaki Frontale, Lampard turut mengharapkan pemain-pemain muda Chelsea yang menyertai skuad jelajah ke Jepun untuk membuktikan kemampuan mereka dan mencabar pemain senior untuk merebut tempat kesebelasan utama.

“Saya rasa saya sudah mempunyai pemain-pemain bagus. Kami tak boleh membawa pemain baru pada tahun ini – kami tahu perkara itu – tapi saya tak perlukan pemain baru,” kata bekas pengurus Derby County itu.

Chelsea dikenakan larangan mendaftar pemain baru dalam 2 jendela perpindahan sehingga January 2020 selepas didapati bersalah dalam 29 kes perpindahan pemain asing bawah umur 18 tahun.

Larangan mendaftar pemain baru itu bagaimanapun nampak tidak menjejaskan Chelsea yang bakal menyambut ketibaan pemain sayap Amerika Syarikat, Christian Pulisic di Jepun nanti. Pulisic ditandatangani dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan £58 juta pada jendela perpindahan musim sejuk awal tahun ini.

Selain itu Lampard turut mempunyai Mason Mount, ayam tambatannya yang dipinjam dari Chelsea ketika mengurus Derby County pada musim lepas. Bercakap mengenai Mount yang baru menandatangi kontrak baru selama 5 tahun baru-baru ini, Lampard mempunyai harapan tinggi terhadap pemain berusia 20 tahun itu.

“Semua orang tahu saya sentiasa minat dengan produk akademi kami. Tapi mereka kena tunjuk yang mereka boleh bawa perbezaan kepada pasukan. Kita dah sediakan jalan, terpulang kepada mereka untuk membuktikan [mereka boleh masuk skuad utama],” kata Lampard lagi.

Dalam pada masa yang sama, Lampard turut mengharapkan seorang lagi bintang muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi akan mengikut jejak Mount menandatangani kontrak baru. “Mason baru sahaja menandatangani kontrak baru. Itu berita bagus. Begitu juga dengan Ruben [Loftus-Cheek]. Kini saya harap Callum juga akan menandatangi [kontrak baru] dan kekal di sini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN