Xabi Alonso Mulakan Karier Pengurusan Dengan Real Sociedad B

Xabi Alonso telah memulakan langkah dalam dunia pengurusan dengan dilantik menjadi pengurus pasukan Real Sociedad B. Xabi Alonso merupakan graduan Real Sociedad B. Beliau dipromosi ke pasukan senior Sociedad pada pada tahun 2000.

Alonso kemudian menyertai kelab elit Eropah termasuk Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich. Xabi Alonso bersara daripada bola sepak profesional, 2 tahun yang lalu selepas karier yang luar biasa di peringkat kelab dan negara.

Alonso menyifatkan kesempatan yang diberikan untuk menguruskan Real Sociedad B sebagai sesuatu yang mengujakan beliau untuk lembaran baharu di dalam kariernya.

Real Sociedad B adalah kelab pembangunan Real Sociedad yang bermain dalam Segunda Division B.

“Saya sangat teruja dan bertekad untuk membantu mencorak masa depan untuk Real Sociedad. Saya gembira untuk kembali semula ke sini.”

“Banyak alasan kenapa saya mahu kembali ke sini, sama ada kerana faktor sukan ataupun peribadi. Segalanya diambil kira.”

“Sebagai seorang pemain, saya suka untuk mempersiapkan diri mengawal perlawanan. Sebagai jurulatih pula saya mahu pasukan saya bermain dengan dinamik serta boleh beradaptasi dengan keadaan yang berbeza.”

“Saya pernah bekerjasama dengan jurulatih-jurulatih hebat dalam karier. Saya belajar sesuatu daripada mereka semua. Namun begitu, setiap orang ada cara masing-masing.”

“Matlamat saya adalah untuk menikmati karier, namun saya tidak boleh mengawal sejauh mana saya boleh pergi. Ianya akan saya ketahui hari demi hari.”

“La Real, merupaka tempat terbaik untuk saya. Ianya terasa seperti saya berada di rumah saya sendiri.”

Tahniah kepada Xabi Alonso. Semoga sukses.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN