Quantcast

BERITA

Daniel Sturridge Serius Cari Pencuri Anjingnya, Tawarkan Ganjaran £30,000

Bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge merayu agar anjingnya dikembalikan selepas ianya dicuri di rumah di Los Angeles.

Daniel Sturridge memuat naik video menunjukkan bahawa rumah didiaminya dipecah masuk. Anjingnya serta beberapa beg dicuri.

Sturridge berkata dalam video itu: “Ada orang memecah masuk ke dalam rumah saya diami di LA, mengambil anjing saya. Dengar sini, sesiapa sahaja yang tahu siapa yang pecah masuk ke sini, saya akan bayar kamu apa sahaja. Saya sangat serius.”

“Saya nak tahu siapa yang mengambil barang saya. Saya nak tahu apa yang sudah berlaku. Saya nak tahu kenapa mereka ambil anjing saya. Saya nak tahu kenapa mereka ambil beg dari tingkat atas.”

“Macamana kamu memecah masuk ke dalam rumah orang di LA dan mengambil anjing mereka? Adakah kamu gila? Kamu datang ke rumah orang untuk mengambil anjing?”

“Yo! Anda tolong saya cari anjing saya. Saya akan bayar apa sahaja, saya serius ni. Saya nakkan anjing saya kembali.”

Dalam satu lagi kiriman oleh Sturridge, beliau memuat naik rakaman CCTA yang menunjukkan sekumpulan lelaki barbaju (hoodies) hitam masuk ke dalam kawasan rumah di West Hollywood.

Sturridge turut memuat naik gambar dan video anjingnya bernama Lucci, daripada baka Pomeranian.

Sturridge dikatakan menawarkan sesiapa yang dapat membantu mencari anjingnya dengan ganjaran £30,000.