Bukan sahaja Sabah kini bergelar juara Liga Premier 2019, kapten pasukan dan pemain pertahanan skuad Tambadau turut dinobatkan selaku penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my – All Sports Images And News Agency bagi edisi Mei 2019.
Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), YB Datuk Peter Anthony bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas yang diadakan sebelum sepak mula perlawanan menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam pada malam tadi.
Rawilson yang cemerlang bersama pasukan Sabah sepanjang musim ini kemudiannya membantu Sabah menewaskan UiTM FC 2-1, untuk mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2019.
Mengulas mengenai anugerah yang diterimanya itu, Rawilson dipetik sebagai berkata:
“Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan dalam pada masa yang sama menterjemahkan sokongan tersebut kepada undian,” ujar beliau.
“Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga, pihak pengurusan dan rakan-rakan sepasukan yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa mereka tidak mungkin pengiktirafan ini dapat direalisasikan.”
Empat pemain lain yang dicalonkan untuk anugerah bagi bulan Mei ialah Sergio Aguero (Pulau Pinang), Igor Luiz (Negeri Sembilan), Kang Seung-Jo (Pulau Pinang), Lee Chang Hon (PDRM FA).
Rawilson adalah satu-satunya pemain tempatan yang tersenarai untuk anugerah tersebut, sebelum dipilih sebagai pemenang setelah menerima 67.93% dari keseluruhan undi.
Rawilson juga adalah pemain kelima dari Sabah FA yang menerima anugerah yang sama pada musim ini, setelah Robson Rendy Rining (Februari 2018), Hector Omar Ramos Lebron (Jun 2018), Luka Milunović (Februari 2019) dan Luiz Junior (Mac 2019).