Antoine Griezmann Tidak Mahu Hadir Ke Sesi Latihan Seperti Diarahkan Atletico

Antoine Griezmann dilaporkan tidak mahu menurut arahan oleh Atletico Madrid yang mahu beliau melapor diri dalam sesi latihan pasukan.

Atletico berang dengan Barcelona yang dianggap cuba melakukan tapping up berdasarkan kenyataan Presiden Barcelona – Josep Maria Bartomeu.

Bartomeu secara terbuka mendedahkan Barcelona berhubung dengan Griezmann untuk membincangkan perpindahan. Atletico kesal kerana sepatutnya tiada satu pun rundingan di antara Barcelona dan Griezmann patut dilakukan tanpa melalui kebenaran Atleti.

Griezmann merupakan pemain Atletico yang sah, walaupun kelab itu sudah menyatakan mereka merestui pemergian Griezmann sebelum ini.

Atletico menuduh Barcelona mencabuli prosedur perpindahan pemain. Barcelona menghubungi Griezmann pada Mac lalu.

Atletico kemudian menyuruh Barcelona membayar klausa pelepasan sebanyak £107 juta. Klausa itu jauh lebih murah selepas 1 Julai 2019. Sebelum itu, klausa pelepasan Griezmann adalah £180 juta.

Kontrak semasa Griezmann masih ada sehingga 2023 di Atletico. Jadi, semua urusan perpindahan adalah melalui persetujuan kelab – kecuali Barcelona dan Griezmann mengaktifkan klausa pelepasan.

Laporan oleh Marca menyatakan; Griezmann sudah memberitahu Atletico Madrid bahawa beliau tidak akan datang ke latihan pra musim kelab.

Ini kerana Girezmann kecewa dengan apa yang berlaku selepas beliau bersetuju untuk terus kekal di Atletico pada musim sebelum ini – meskipun tertarik dengan tawaran dari Barca.

Griezmann akan cuba mendesak kelab agar menerima tawaran daripada Barcelona. Dan kita sama-sama tunggu, perkembangan saga perpindahan ini selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN