Atletico Madrid berang dengan pengumuman oleh Barcelona yang berkata rundingan sedang dilakukan dengan Antoine Griezmann dan kini telah mengarahkan pemain tersebut untuk kembali melaporkan diri ke kelab.
Dalam satu kenyataan, Atletico tidak teragak-agak menyalahkan Presiden Barcelona, Josep Bartomeu dan kelab Catalan itu serta Griezmann dan cara mereka mengendalikan perkara ini.
Semalam Bartomeu mendedahkan terdapat perbincangan diantara Barca dan pengarah di Atletico berkenaan untuk mendapatkan Griezmann.
BREAKING: Barcelona president Josep Bartomeu confirms talks with Atletico Madrid over Antoine Griezmann pic.twitter.com/QKrGsUWzEj
— B/R Football (@brfootball) July 5, 2019
Pemain itu juga menegaskan tidak akan kembali ke Atletico untuk musim 2019/20 dan yakin perpindahan boleh dilengkapkan pada musim panas ini.
Dalam satu kenyataan, Atletico berkata:
Atletico Madrid’s statement calls out Barcelona for tapping up Griezmann in February 2018, before key Champions League matches.
The other main part is they now expect Griezmann back at training next week.
WHAT A CLUB ??????
— Footy Accumulators (@FootyAccums) July 5, 2019
“Pada 14 Mei Antoine Griezmann memberitahu Miguel Angel Gil, Diego Simeone dan Andrea Berta mengenai keputusannya untuk meninggalkan kelab pada akhir musim. Beberapa selepas pertemuan itu, Atletico diberitahu Barcelona dan Griezmann telah mencapai persetujuan pada bulan Mac, hanya selepas perlawanan kedua Liga Juara-Juara kami menentang Juventus. Segala butiran dikatakan telah dilakukan sejak dari Februari.
“Mengenai pengumuman oleh Presiden Bartomeu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa sememangnya terdapat pertemuan berlangsung antara Miguel Angel Gil dan Ketua Pegawai Eksekutif Barcelona, Oscar Grau, atas permintaan Barcelona. Dan dalam pertemuan tersebut, Grau menyatakan hasratnya, sebaik sahaja klausa pelepasan dalam kontrak Antoine Griezmann telah diubah dari €200 hingga €120 juta, meminta penangguhan dalam pembayaran jumlah tersebut yang mulai sah dari 1 Julai.
Official statement regarding FC Barcelona president Josep María Bartomeu’s statements on Griezmann.https://t.co/0fxahHPAK9
— Atlético de Madrid (@atletienglish) July 5, 2019
“Jelas sekali jawapan dari Atletico Madrid ialah tidak, dan permintaan sedemikian dianggap sebagai tidak menghormati kelab ini dan juga penyokong.
“Maka pada hari ini, Atletico Madid telah mengarahkan pemain itu, saudara perempuannya yang bertindak sebagai ejen dan peguamnya, bahawa Antoine Griezmann harus kembali pada Ahad untuk memulakan pra musim bersama seluruh rakan sepasukannya yang lain, seperti yang tekandung di dalam kontrak sebelum ini.
“Atletico Madrid juga ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tingkah laku kedua belah pihak, khususnya Barcelona, kerana telah mendorong pemain untuk berpaling tadah terhadap kontraknya dengan Atletico Madrid pada ketika kelab ini sedang bersaing di UEFA Champions League.
“Atletico menganggap tindakan sedemikian sebagai kes melanggar peraturan oleh pemain dan melanggar integriti dan asas semangat kesukanan yang boleh memberi kerosakan besar kepada kami dan jutaan penyokong kelab ini.”