John Terry: Ini Merupakan Masa Yang Cukup Sesuai Buat Frank Lampard Kembali Ke Chelsea

Lampard

Bekas kapten Chelsea, John Terry menegaskan bahawa kehadiran Frank Lampard ke dalam pasukan adalah masa yang cukup sesuai buat pemain dan juga kelab tersebut.

Lampard ketika ini dikatakan semakin hampir untuk menjadi pengganti Maurizio Sarri yang hanya semusim bersama kelab dari London tersebut.

Derby County juga dilaporkan telah memberikan persetujuan buat Frank Lampard untuk berbincang bersama Chelsea bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Menurut Terry, bekas rakan sepasukannya itu pada pandangan beliau adalah calon yang cukup sesuai untuk mengemudi Chelsea pada ketika ini.

”Selepas musim yang dinikmatinya bersama Derby County dan Chelsea pula menghadapi hukuman larangan pembelian pemain, tiada lagi pengurus yang lebih baik daripada Frank (Lampard) untuk berjaya di Chelsea.”

LONDON COLNEY, ENGLAND – NOVEMBER 14: Frank Lampard (L) and John Terry (2nd L) listen to manager Fabio Capello (2nd R) during the England training session on November 14, 2011 in London Colney, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Ini merupakan masa yang cukup sesuai buat dirinya dan juga kelab.”

”Frank berada di bawah tekanan untuk berjaya bersama Chelsea pada hari dia tiba daripada West Ham dan dia tidak pernah menyembunyikannya.”

”Dia bersemangat dan terus menjadi pemain terhebat Chelsea.

Terry turut berpendapat bahawa Lampard bakal mendapat kepercayaan para penyokong Chelsea sekiranya menggalas tanggungjawab tersebut.

”Saya tidak percaya terdapat keraguan daripada para penyokong. Mereka menyayanginya. Dia merupakan legenda dan kini merupakan masa yang sesuai untuknya kembali.”

”Dia akan mengalu-alukan tanggungjawab itu untuk menjadikan Chelsea lebih kompetitif. Dia mempunyai pengetahuan taktikal, semangat dan akan mendapat sokongan daripada pemain dan penyokong untuk membuktikan dia mampu melakukannya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN