Van Gaal: Messi Bukan ‘Team Player’, Sebab Itulah Barcelona Terus Kemarau UCL

Louis Van Gaal memberikan pandangan kritikal ke atas Lionel Messi. Beliau berpendapat, Lionel Messi harus cuba beradaptasi dengan pasukan, bukannya pasukan yang perlu beradaptasi dengan gaya permainan beliau.

Van Gaal merasakan Lionel Messi terlalu diberikan kebebasan di Nou Camp.

Ini kerana pengurus-pengurus Barca yang ada kebelakangan ini terlalu mengutamakan bakat dan keupayaan Messi – lantas mengorbankan sedikit elemen pasukan.

Walaupun Barcelona memenangi La Liga musim lalu, namun Van Gaal tetap merasakan Barcelona masih belum cukup bagus keranan terus gagal menjuarai UCL. Tewas di tangan Liverpool selepas mendahului 3-0 dalam perlawanan pertama.

Kali terakhir Barcelona menjuarai UCL adalah pada 2015. Dan Van Gaal dengan beraninya menuduh Messi sebagai punca yang spesifik kepada kegagalan tersebut.

“Saya percaya, tiada yang lebih penting daripada pemain pasukan [team player]. Barcelona kini sedang menghadpi masalah itu. Saya rasa Messi harus bertanya kepada dirinya sendiri. Kenapa beliau begitu lama sudah tidak menjulang UCL? Sudah 5 tahun beliau gagal menjulang UCL [bersama Barcelona].”

Seterusnya Van Gaal menggunakan Neymar sebagai perbandingan. Di mana PSG juga agak terikat dengan bintang dengan keupayaan individu. Oleh itu Van Gaal menegaskan sekali lagi, pemain-pemain bintang seperti ini haruslah mencari cara untuk ‘adapt’ dengan pasukan.

“Lihat di Barcelona, berapa banyak UCL yang mereka menangi dengan pemain yang semua orang katakan beliau adalah pemain terbaik dunia. Lihat Neymar di PSG? Berapa UCL beliau menangi di sana?”

“Saya suka dengan Neymar dan Messi sebagai pemain individu, namun bukan sebagai pemain pasukan. Saya rasa paling penting dalam sukan adalah pemain pasukan. Dan salah seorang yang terbaik ialah James Milner.”

“Messi adalah pemain individu yang terbaik di dunia kerana statistik beliau luar biasa. Saya rasa Messi bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Barcelona, bukan sahaja jurulatih.”

“Sebagai seorang kapten, kamu harus tanya diri kamu, kenapa Barcelona gagal menjuarai UCL?”

“Mereka adalah skuad dengan 30 pemain. Dan saya percaya Messi seharusnya beradaptasi dengan pasukan, dan bukan sebaliknya.”

Menjelaskan pandangan beliau tentang kenapa Barcelona menjuarai UCL dengan adanya Messi ketika era Guardiola. Ini jawapan Van Gaal:

“Ketika Guardiola di Barcelona, beliau tidak membenarkan Messi bermain ikut kehendak pemain itu. Itu bezanya. Beliau mengubah Messi kepada pemain yang ‘sebahagian’ daripada pelan pasukan beliau, bukan sebaliknya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN