Etoo: Untuk Jadi Terbaik Dunia, Mohamed Salah Harus Bermain Di La Liga, Sertai Barcelona

Bekas pemain Barcelona, Samuel Etoo menyatakan kekaguman beliau kepada Mohamed Salah.

Sejak menyertai Liverpool, Mohamed Salah telah menjadi antara penggempur yang digeruni di Eropah termasuk membantu The Reds menjuarai UCL serta menduduki tempat ke-2 dalam carta EPL musim lalu.

Samuel Etoo merasakan Mohamed Salah perlu pergi ke kelab lamanya iaitu Barcelona. Ini kerana menurut Etoo, Mohamed Salah ada segalanya untuk menjadi pemain terbaik di dunia.

Untuk mencapai potensi itu, Samuel Etoo berpendapat bahawa; Mohamed Salah perlulah bermain di liga terbaik dunia iaitu La Liga. Dan kelab terbaik untuk Mohamed Salah adalah Barcelona.

“Mo [Mohamed Salah] ada segalanya untuk menjadi pemain terbaik di dunia. Jika beliau ada peluang untuk bermain di liga terbaik dunia – iaitu Liga Sepanyol, beliau harus menyertai pasukan Barcelona, bukannya Real Madrid.

Musim lalu, Real Madrid dikaitkan dengan Mohamed Salah. Namun kelab Los Blancos tersebut sudah mendapatkan Eden Hazard dan rumors itu sudah hilang.

“Barcelona akan menjadi pasukan lebih sesuai [untuk Mo Salah]. Real pernah memberikan saya peluang untuk meninggalkan Afrika. Namun saya tahu gaya permainan Barcelona akan lebih sesuai dengan beliau.”

Sejak menyertai Liverpool pada 2017, Mohamed Salah sudah menjaringkan 54 gol daripada 74 penampilan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN