Copa America 2019: Jepun Buat Uruguay ‘Berpeluh’, Berkongsi Satu Mata di Porto Alegre

Jepun

Skuad muda Jepun pantas melupakan kekalahan besar pada aksi pertama apabila berjaya mengutip satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika bertemu Uruguay di Arena do Gremio, Porto Alegre.

Berdepan pasukan di ranking kelapan dunia dan diperkuatkan dengan kehadiran pemain-pemain terkenal dunia yang membarisi skuad Uruguay tidak langsung menghadirkan gerun buat anak buah Hajime Moriyasu itu

Jepun sebaliknya membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi pemain sayap kanan berusia 22 tahun, Koji Miyoshi.

Miyoshi yang melakukan gerakan solo pantas ke dalam kawasan penalti Uruguay melepaskan rembatan padu yang gagal dihalang penjaga gol, Fernando Muslera.

Kegembiraan kem negara matahari terbit itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama tujuh minit setelah Uruguay dihadiahkan sepakan penalti.

Rujukan Video Assistant Referee (VAR) terpaksa digunakan selepas sepakan tersebut menjadi pertikaian, selepas dirujuk keputusan memihak Uruguay.

PORTO ALEGRE, BRAZIL – JUNE 20: Koji Miyoshi of Japan celebrates his second goal of the game with teammates during the Copa America Brazil 2019 group C match between Uruguay and Japan at Gremio Arena on June 20, 2019 in Porto Alegre, Brazil. (Photo by Alessandra Cabral/Getty Images)

Luis Suarez yang mengambil sepakan tidak melepaskan peluang untuk kembali menyamakan kedudukan.

Miyoshi sekali lagi meletakkan Jepun di hadapan menerusi jaringan kedua peribadinya pada minit ke-59.

Berpunca daripada cubaan Muslera berusaha untuk menghalang hantaran lintang dari sebelah kanan pintu golnya, tetapi bola singgah betul-betul di hadapan Miyoshi yang dengan mudah menolak masuk gol kedua Jepun.

Keadaan yang serupa seperti kelebihan gol pertama Jepun berjaya dipadamkan Uruguay apabila mereka hanya memerlukan tujuh minit untuk menyamakan kedudukan buat kali kedua.

Kali ini giliran Jose Gimenez pula meletakkan nama selaku penjaring selepas beliau berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru yang diambil Nicolas Lodeiro.

Kedudukan 2-2 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Andres Rojas dari Colombia meniupkan wisel penamat.

Walaupun masih belum mampu untuk mencipta kemenangan dalam dua perlawanan, aksi bertenaga dipamerkan skuad Jepun sememangnya memberikan harapan yang cukup besar buat negara yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020 itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN