Lee Bowyer Buat Pusingan U, Kekal Bersama Charlton Athletic

Barangkali ada yang sudah rimas dengan kisah Frank Lampard dan kelab lamanya, Chelsea. Tetapi lain pula kisahnya dengan kelab London bernama Charlton Athletic.

Terdapat berita tarik tali antara Charlton dengan pengurusnya, Lee Bowyer.

Siapa Bowyer?

Charlton Athletic manager Lee Bowyer Charlton Athletic v Sunderland – Sky Bet League One Play-off – Final – Wembley Stadium 26-05-2019 . (Photo by Steven Paston/EMPICS/PA Images via Getty Images)

Lee Bowyer, antara kumpulan pengurus muda yang mula mencuri perhatian media. Beliau sebelum ini pernah beraksi di banyak kelab seperti Leeds, West Ham dan Newcastle.

Bowyer bersara sebagai pemain pada 2012. Kelab terakhirnya ialah Ipswich Town.

Pada awal 2018, beliau dilantik selaku pengurus sementara Charlton. Kelab London itu menamatkan musim 2017/18 di tangga ke-6 EFL League One.

Pada musim lepas, Bowyer berjaya membimbing Charlton menduduki tangga ke-3 EFL League One. Kejayaan itu disusuli dengan Charlton memenangi perlawanan akhir play-off menewaskan Sunderland pada Mei lalu.

Musim hadapan, Charlton akan beraksi kembali di EFL Championship setelah beberapa musim menghilang.

Apa berlaku?

Pada 17 Jun, media tempatan melaporkan Charlton menawarkan sambungan kontrak selama setahun kepada Bowyer. Cuma, Bowyer mahukan kenaikan gaji.

Pengurusan Charlton yang diketuai Ronald Duchatelet memahami kemahuan Bowyer. Namun begitu, mereka menghadapi masalah kewangan yang ketara.

Kelab itu sendiri kerugian berbelas juta Pound Sterling pada sebelum ini. Tetapi kelab itu mengalu-alukan Bowyer untuk kekal serta meneruskan kecemerlangan Charlton Athletic.

Memilih untuk kekal

Akhirnya pada 18 Jun lalu, Bowyer bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama Charlton. Bowyer memberitahu beliau ingin fokus bagi membentuk skuad yang fantastik.

Beliau tidak mahu meninggalkan kelab ini dan berterima kasih kepada Duchatelet kerana memberikannya peluang.

Duchatelet sendiri memberikan pujian kepada sikap profesional Bowyer. Semasa sesi rundingan kontrak masih diadakan, Bowyer gigih bekerja untuk kelab.

Birmingham City’s Lee Bowyer celebrates victory after the final whistle (Photo by Nigel French – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Sikap Bowyer ini harus dipuji kerana sanggup menyambar peluang yang ada demi kebaikan karier pengurusannya. Bowyer hanya sekali pernah memenangi medal dalam karier pemain iaitu semasa mewakili Birmingham ketika memenangi EFL Cup edisi 2011.

Mungkin selepas ini ada medal lagi banyak untuknya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN