Neymar memberikan respon panas kepada komen terbaru yang dibuat oleh Presiden PSG – Nasser Al Khelaifi.
Nasser Al Khelaifi sebelum ini menyatakan beliau sudah tidak mahu melayan karenah besar kepala di dalam pasukan. Lantas beliau memberikan amaran agar tiada Lagi pemain bersikap seperti selebriti.
Nasser Al Khelaifi seolah-olah mengimbau kembali beberapa insiden pemain besar kepala besar dan berlagak diva di dalam pasukan mereka. Contohnya kes Neymar dan Cavani yang berebut tugasan penalti sehingga kelab itu menjadi bahan jenaka media.
Seterusnya kes Adrien Rabiot yang tidak profesional sehinggakan beliau terpaksa dibekukan oleh pasukan.
Al Khelaifi kemudian memberikan komen tentang masa depan Neymar. Beberapa laporan media menyatakan pemain mahu keluar dari PSG.
Nasser berkata: “Tiada siapa pun mendesak ataupun memaksa Neymar datang ke sini. Beliau faham tentang pelan projek kami. Dan beliau tahu kenapa kami mahukan beliau di sini. Beliau datang ke sini dan memberikan komitmen beliau untuk projek ini.”
“Sesiapa yang tidak faham ataupun tidak ingin untuk memahami sila datang berjumpa dan kita bercakap secara bersemuka.”
Kenyataan itu jelas sekali membuatkan Neymar tidak selesa. Ini ditambah dengan kenyataan oleh presiden kelab yang menyatakan Kylian Mbappe akan kekal di kelab itu 200%. Komen itu ternyata jauh berbeza dengan komen yang diberikan ke atas Neymar.
PSG President Nasser Al Khelaifi on Mbappe 🗣️
"I am 200% certain that Kylian Mbappé will be at the club next season"Nasser Al Khelaifi on Neymar 🗣️
"Nobody forced him to sign here. Nobody pushed him to. He came with a complete understanding of committing himself to a project." pic.twitter.com/seD4nW1zsM— Footy Accumulators (@FootyAccums) June 17, 2019
Neymar merasakan Nasser Al Khelaifi menuduh beliau diva dan besar kepala. Lalu bintang Brazil itu menyatakan kepada Mundo Deportivo bahawa beliau sudah tawar hati untuk bermain dengan PSG dan mahu pulang ke ‘rumahnya’ – yang dipercayai merujuk kepada Barcelona.
Neymar: "I want to return home. I never should have left" https://t.co/RWnv3C8t8k pic.twitter.com/WwGiIYSv97
— AS USA (@English_AS) June 19, 2019
Neymar berkata: “Saya tidak mahu bermain di sini (PSG) lagi, saya mahu kembali ke rumah saya, tempat yang saya tidak sepatutnya pernah tinggalkan.”
#Neymar delivers message to PSG: 'I don't want to play there anymore, I will go back to my house' https://t.co/GCFC1xIBqN pic.twitter.com/hIYGXFMrzI
— CalcioMercato (En) (@CmdotCom_En) June 19, 2019
Di kem Barcelona dilaporkan Lionel Messi dan beberapa bintang senior Barcelona sudah menyatakan kemahuan mereka kepada lembaga pengarah untuk menandatangani semula Neymar. Jika keadaan ini berlaku ini bermakna jalan untuk Antoine Griezmann ke Barcelona mungkin akan tertutup.
Leo Messi has told Barcelona that he wants the club to re-sign Neymar instead of signing Griezmann, per @elmundoes pic.twitter.com/YVZfC63SDM
— Bleacher Report (@BleacherReport) June 18, 2019
Apa yang berlaku, Griezmann sebelum ini sudah memberitahu Atletico bahawa beliau mahu pergi. Dan kelab itu dikatakan dalam proses untuk berunding bagi mendapatkan harga klausa pelepasan pemain itu yang sekitar £100 juta.
Dalam pada masa yang sama ramai juga pemerhati merasakan Ousmane Dembele dijangka akan menjadi pemain yang akan disertakan di dalam perjanjian itu.
Namun buat masa ini semua orang sedang menunggu respon daripada pihak PSG tentang kenyataan Neymar ini. Jika PSG mahu menjual pemain itu berapakah nilai yang akan mereka letakkan. Jika tidak adakah Neymar akan dikenakan tindakan?