Nidzam Adzha: Pemain Sayap Prolifik Legenda Era Revolusi Skuad Hijau Kuning

Bercakap mengenai legenda bolasepak Kedah khususnya, tidak sah jika kita tidak berbicara mengenai Muhammad Nidzam Adzha Yusoff.

Rata-rata peminat bolasepak pada hari ini lebih mengenali sosok ini sebagai bekas pengendali pasukan Kedah yang pernah membawa Kedah menjulang Piala FA pada musim 2017. Tidak keterlaluan jika katakan generasi baharu penyokong hijau kuning tidak pernah menyaksikan sendiri bagaimana sosok ini beraksi di atas padang sebagai pemain satu ketika dahulu.

Lahirnya bintang baharu

Muhammad Nidzam Adzha Yusof dilahirkan pada 11 march 1968. Anak kelahiran Taiping, Perak ini sememangnya mempunyai kelasnya yang tersendiri di atas padang.

Kelibat Nidzam Adzha pada masa itu pasti memukau sesiapa sahaja yang menyaksikan aksi beliau. Menyaksikan Nidzam menewaskan dua atau tiga pemain pertahanan lawan merupakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

Sumber: Alchetron.com

Pemain ini mempunyai kualiti teknikal dan skill individu yang sangat tinggi. Beraksi di posisi sayap, aksi beliau kerap kali disamakan dengan lengok gaya Ryan Giggs atau Steve McManaman – yang pada era itu turut mulai mencipta nama bersama Manchester United dan Liverpool pada era yang sama.

Permulaan karier

Karier Nidzam bermula bersama skuad remaja Perak pada 1988, sebelum diserap ke skuad utama pada tahun berikutnya – bagi menghadapi saingan Liga Semi Pro yang diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1989.

Sepanjang bersama skuad Perak yang dikenali dengan motto “kejor yob kejor”, Nidzam telah tampil dalam 67 perlawanan dan menjaringkan 20 gol dari tahun 1989 sehingga 1992.

Kredit: Retro Bola sepak

Kejayaan terbaik bersama Perak semestinya apabila membantu pasukan Silver state itu muncul juara edisi sulung Piala FA Malaysia pada 1990, selepas menewaskan Selangor 4-2 di perlawanan akhir. Perak dikenali sebagai pasukan yang mempunyai gandingan utuh di bahagian tengah pada ketika itu.

Aksi Nidzam bersama Perak.

Antara pemain-pemain Perak yang beraksi pada ketika itu adalah Azizol Abu Hanifah, Jang Jung dan Kwi Lin. Kehadiran Nidzam dan P. Ravindran ‘Kinta Express’ menjadikan skuad Perak di bawah bimbingan M. Karathu pada ketika itu mempunyai ancaman yang amat berbahaya dari bahagian sayap.

Nidzam jadi Hijau Kuning

Kemudian timbul kontroversi apabila beliau berhijrah ke pasukan Kedah pada musim 1993 dan di sinilah Nidzam Adha Yusof mula menempa nama selaku pemain terulung revolusi skuad Hijau Kuning pimpinan Allahyarham Datuk Paduka Basri Akil.

Menyarung jersi No. 11 yang merupakan nombor keramat beliau; dan sehingga kini masih lagi tiada pemain yang benar-benar mampu atau layak untuk menyarung jersi keramat itu.

Skuad Kenari 1993

source from : www.enciknakal.com

Posted by Retro Bola Sepak on Monday, March 11, 2013

Beraksi sebagai pemain sayap kiri buat pasukan Kedah, Nidzam nyata menjadi igauan ngeri buat pasukan lawan.

Di musim pertama bersama Kedah, Nidzam membantu Kedah merangkul dua kejuaraan iaitu Juara Divisyen 1 Liga Semi-Pro dan juga juara Piala Malaysia menewaskan pasukan Singapura 2-0 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Saat sukar

Musim 1995, Malaysia dilanda skandal rasuah yang melibatkan ramai nama-nama besar bola sepak tanah air. Tidak terkecuali, nama Nidzam juga terpalit dengan isu ini. Beliau ditahan atas tuduhan mengatur perlawanan tetapi pertuduhan ke atas beliau kemudian digugurkan setelah siasatan mendapati bahawa beliau tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Pasukan Kedah pada masa itu sangat terdesak kerana rata-rata pemain utama digantung akibat skandal rasuah dan yang tinggal hanya beberapa pemain seperti  Nidzam Adzha, Radhi Mat Din dan juga Ahmad Sobri Ismail selaku penjaga gol utama untuk meneruskan perjuangan pasukan.

HENTAK

Kalau di Piala Dunia 2010 yang lalu, Nigel de Jong terlepas dari hukuman oleh pengadil walaupun menghentak dada…

Posted by Retro Bola Sepak on Monday, October 23, 2017

Tiga tonggak ini menjadi nadi utama pasukan Kedah dalam mengharungi kemelut yang begitu mencengkam bola sepak negara – dianggap sejarah hitam yang hampir menguburkan bola sepak negara pada ketika itu.

Skuad ‘Galaticos’ Kedah

Musim 1996 & 1997 merupakan persis skuad “Galacticos” buat pasukan Kedah dengan kehadiran nama-nama besar seperti Hashim Mustapha, Mat Zahir Wahab, Khairul Anuar Baharom, dan Zulfatah Dzulkarnain. Turut muncul mencipta nama pada ketika itu ialah tenaga muda hasil akedemi bolasepak Kedah seperti Che Zambil Ahmad dan Rafdi Rashid.

Kedah turut diperkuatkan oleh penyerang import dari Brazil, Andre Luis Almeida Do Nascimento, dan mereka berjaya merangkul kejuaraan Piala FA yang pertama dalam sejarah bolasepak Kedah – apabila menewaskan Sarawak 1-0 di perlawanan akhir 1996.

Sepanjang bersama Kedah, Nidzam membuat 51 penampilan dan menjaringkan 11 gol – sebelum menyertai Kelantan pada 1999. Kembali menyertai Kedah pada musim berikutnya, Nidzam sudah berada di penghujung karier, namun masih mampu menyumbangkan dua gol dari 11 penampilan.

Karier antarabangsa

Karier Antarabangsa Nidzam Adzha pula bermula pada tahun 1991 dan melakukan debut pertama beliau dalam kejohanan Pestabola Merdeka pada tahun yang sama, sebelum disisihkan dari skuad kelayakan Piala Dunia.

Nidzam pernah tidak beraksi bersama pasukan kebangsaan selama tiga tahun, sebelum panggilan semula selepas itu turut berakhir dengan kecederaan. Secara keseluruhan, Nidzam tampil sebanyak 24 kali dan menjaringkan tiga gol untuk Malaysia.

Rumusan

Tidak mudah untuk mebuat ‘profiling’ pemain tatkala kita tidak mempunyai data dan arkib dengan kandungan yang lengkap.

Ini adalah kisah pemain sayap prolifik yang pernah muncul dan mewarnai kancah bola sepak negara satu masa dahulu.

 

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Bvrd Ortega II di laman facebook Analisis Tangga Ayam, dan telah disunting dengan kebenaran untuk disiarkan oleh Semuanya BOLA.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN