Real Madrid Sudah Mengorak Langkah, Luka Jovic Jadi Rekrut Terbaharu

Jovic

Selepas mendapatkan khidmat Eder Militao dan Rodrygo, Real Madrid terus mengorak langkah dalam memperkuatkan pasukan menjelang musim baharu apabila berjaya membawa masuk pemain skuad kebangsaan Serbia, Luka Jovic.

Penyerang yang sebelum ini beraksi untuk Eintracht Frankfurt itu telah menandatangani kontrak selama enam tahun dengan perpindahan tersebut dilaporkan bernilai £60 juta.

Jovic menjadi buruan kelab gergasi bola sepak Eropah selepas beliau cemerlang mengemudi jentera serangan Frankfurt pada musim ini dengan menjaringkan 27 gol daripada 48 penampilan.

Beliau juga menjadi penjaring kedua terbanyak dalam saingan Liga Europa dengan 10 gol yang menyaksikan penyerang Chelsea, Olivier Giroud menggunguli senarai dengan 11 gol.

MUNICH, GERMANY – MAY 18: Luka Jovic of Eintracht Frankfurt runs with the ball during the Bundesliga match between FC Bayern Muenchen and Eintracht Frankfurt at Allianz Arena on May 18, 2019 in Munich, Germany. (Photo by Adam Pretty/Bongarts/Getty Images)

Dalam kempen Liga Europa, perjuangan Eintracht Frankfurt terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti ketika bertemu Chelsea.

Jovic berjaya menjaringkan gol pada aksi separuh akhir kedua di Stamford Bridge bagi memadam kelebihan dihasilkan Ruben Loftus-Cheek sekaligus perlawanan berlanjutan hingga ke sepakan penalti.

Pada usia muda, beliau telah menikmati lapan kejuaraan sepanjang kariernya di Serbia, Portugal dan Jerman.

Tempat Karim Benzema di Santiago Bernabeu pasti sedikit tergugat dengan kehadiran Luka Jovic tetapi bagi Zinedine Zidane, beliau akan mempunyai banyak pilihan bagi membariskan barisan terkuatnya pada musim hadapan.

Selepas tiga pemain muda (bawah 23 tahun) telah dipikat Zinedine Zidane, adakah selepas ini giliran Eden Hazard pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN