MFL Dalam Proses Muktamadkan Pelabur Baru Liga Malaysia

Kevin

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramlingam mengesahkan pihaknya kini berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian dengan salah satu dengan tiga pelabur yang berminat untuk melabur dalam Liga Malaysia.

Menurut Harian Metro, tiga pelabur berkenaan akan membentangkan kertas kerja masing-masing sebelum MFL membuat keputusan untuk memilih pihak yang layak berdasarkan pilihan terbaik daripada kertas kerja mereka.

Bagaimanapun, identiti pelabur tersebut tidak dapat didedahkan dan semuanya akan terjawab selepas MFL membuat pengumuman rasmi mengenai kemasukan pelabur itu dalam masa terdekat.

“Perkembangan yang amat memberangsangkan daripada segi struktur hak penyiaran Liga Malaysia di mana tiga pihak yang (dalam proses) terakhir sedang menunggu kelulusan daripada pihak mereka sendiri sebelum mereka mengemukakan kertas kerja yang terakhir.

“Jadi MFL sekarang hanya menunggu keputusan daripada pihak mereka dan pihak MFL sudah melakukan semua perkara apa yang patut dengan mengemukakan nilai yang terbaik untuk pelabur-pelabur ini masuk ke Liga Malaysia.

“Sudah tentu MFL masih belum sampai di ‘penamat’ lagi (mengumumkan kemasukan pelabur) dan ‘penamatnya’ adalah bila MFL menerima kewangan yang sepatutnya tetapi apa yang boleh saya katakan sangat berbangga dengan pasukan yang berjaya menyelesaikan banyak masalah membabitkan ramai pihak,” katanya.

MFL dijangka akan mengumumkan penajaan baharu Liga Malaysia pada bulan Jun selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL telah memutuskan penamatan kontrak penajaan bersama syarikat telekomunikasi terkemuka negara, TM yang sebelum ini menandatangani kontrak perjanjian selama lapan tahun pada 29 Januari 2018.

Malah, MFL turut menfailkan saman terhadap Telekom Malaysia (TM) kerana gagal menepati janji sebagai langkah untuk mempertahankan kepentingan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN