Kita semua nak kasut bola yang perfect. Tapi tak semua ada bajet untuk dapatkan kasut bola yang perfect. Jadi kita buat macam-macam life hacks untuk bagi kasut bola kita jadi lagi perfect.
Ini adalah 15 life hacks yang popular dalam kalangan pemain-pemain bola sepak di Malaysia:
1. Ikat stud/buku lali bila tali kasut bola panjang sangat
Kita semua pernah buat masa sekolah dulu. Tali yang berlebihan tu biasanya akan dililit keliling tapak kasut atau buku lali. Kadang-kadang ada orang sorokkan tali lebih-lebih tu kat dalam kasut. Nasib baiklah sekarang dah ada kasut bola high cut.
2. Bakar hujung tali yang tercabut plastik
Hujung tali kasut yang dah tercabut plastik tu memang penting kalau nak ikat kasut. Jadi bila plastik dia dah tercabut, satu-satunya jalan penyelesaian adalah: bakar sekejap supaya hujung dia jadi keras.
3. Guna pistol gam untuk buat DIY grip socks
Bila tak ada bajet beli grip socks, pistol gam mak kitalah akan jadi bahan utama untuk buat grip socks DIY kita sendiri.
4. Guna styrofoam untuk buat padded soles
Kadang-kadang, kasut bola yang kita beli tu tak cukup selesa. Especially bila tapak kaki kita jenis flat. So ada sesetengah pemain (yang rajin) akan buat padded soles DIY mereka sendiri menggunakan polisterin nipis untuk bagi kasut jadi lebih selesa.
5. Guna berus gigi terpakai untuk cuci lecah
Kadang-kadang, susah untuk kita bersihkan lecah yang terlekat kat tapak kasut bola lepas main dalam hujan kalau basuh cara biasa. Cara paling senang adalah guna berus gigi terpakai untuk sental lecah tersebut.
6. Pakai shoe tree untuk kekalkan bentuk kasut
Shoe tree digunakan untuk elak kulit permukaan luar kasut bola jadi merekah bila dah lama guna. Benda ni juga bagus untuk memastikan kasut kekal mempunyai bentuk sebagaimana baru dibeli.
7. Rendam kasut bola baru dalam air suam
Life hack ini selalu diajar kepada pemain-pemain yang baru beli kasut bola baru. Ia bertujuan untuk bagi kasut jadi lembut dan mudah ikut bentuk kaki.
8. Gosok candle wax untuk bagi kalis air
Siapa pernah buat? Life hack ni jarang pemain amatur buat. Tetapi bagi pemain pro, benda ni adalah benda wajib untuk mengelakkan kasut bola dan stokin mereka menjadi basah apabila bermain di atas padang basah.
9. Letak surat khabar untuk keringkan dan buang bau
Selain surat khabar, ada juga orang yang letak kulit limau untuk bagi bau dalam kasut jadi wangi.
10. Pakai pemadam untuk buang kesan hitam
Selalunya lepas main di padang artificial, ada banyak kesan-kesan kotoran hitam akan wujud kat permukaan kasut. Ia susah ditanggal kalau dibasuh seperti biasa. Tetapi mudah hilang kalau menggunakan pemadam yang biasa kita pakai masa sekolah.
11. Pakai kotak air mineral untuk buat DIY shin pad
Bila terlupa bawa shin pad dan coach pula mewajibkan semua orang kena pakai shin pad, kotak air mineral akan jadi shin pad DIY.
12. Sembur deodoran dalam kasut bola bagi wangi
Selain mewangikan bau badan, deodoran juga selalu digunakan untuk bagi kasut bola jadi wangi sikit lepas kena kepam berhari-hari tanpa dijemur.
13. Gigit kasut bola untuk elak kaki melecet
Benda ni lebih kepada kepercayaan Melayu. Orang-orang tua dulu cakap, kasut baru kena digigit dulu sebelum pakai. Kalau tak, dia akan gigit kita semula (kaki melecet).
14. Pakai vakum untuk buang rubber crumbs
Selalunya lepas main bola di padang artificial, biji-biji getah kecil berwarna hitam (rubber crumbs) akan melekat di stokin dan berkumpul dalam kasut bola. Dalam kes ni, vakum boleh digunakan untuk buang rubber crumbs tersebut.
15. Jemur boot belakang peti ais masa hari hujan
Bukan sahaja kasut sekolah, kasut bola juga boleh dijemur belakang peti ais jika hari hujan masa korang basuh. Angin panas belakang peti ais tu juga membuang bau busuk dalam kasut yang disebabkan oleh bakteria yang suka permukaan lembap dalam kasut.
Hack the game dengan PUMA Hacked Pack
Cerita pasal life hacks ni, kalau korang tengah cari cara nak hack the game untuk perform kat atas padang, PUMA Hacked Pack adalah pek kasut bola yang korang cari-cari.
Dalam PUMA Hacked Pack, PUMA One dan PUMA Future mampu membuatkan pemain lawan terpegun dengan keunikan corak penyamaran hijau 8-bit serta meninggalkan lawan dengan kelajuan, kelincahan dan bakat semula jadi.
Produk terbaru PUMA ini bakal digunakan oleh pemain-pemain handalan dunia seperti Antoine Griezmann, Luiz Suarez, Sergio Aguero, Romelu Lukaku, Samuel Umtiti dan Jan Oblak.
Dijual dengan harga RM829 untuk PUMA One 19.1 dan PUMA FUTURE 19.1, Hacked Pack PUMA ini telah berada di pasaran Malaysia sejak 4 April lepas di butik-butik bola sepak PUMA (The Gardens, KLCC dan One Utama) serta cawangan Football Republic di seluruh negara.