Roberto Martinez Mahu Bawa Thierry Henry Jika Dilantik Jadi Pengurus Barcelona

Laporan oleh RAC1 menyatakan bahawa, Roberto Martinez merupakan calon utama untuk menggantikan Ernesto Valverde sebagai pengurus Barcelona.

Selain daripada Roberto Martinez, 3 lagi calon lain ialah Ronald Koeman, Max Allegri dan Unai Emery.

Masa depan Valverde menjadi tanda tanya selepas banyak desakan agar pengurus itu meletak jawatan ataupun dipecat oleh kelab. Ini selepas Valverde gagal dalam usaha membawa pulang kejuaraan UCL meskipun sudah berbelanja ratusan juta untuk membeli pemain.

Kos Coutinho dan Dembele sahaja sudah mencecah sekitar £270 juta.

https://twitter.com/johanur_rahman/status/1132392239022297088

Beberapa hari lalu, Josep Maria Bartomeu memberikan jaminan mereka akan terus menyokong Ernesto Valverde dan memberikan dana untuk dibelanjakan oleh pengurus itu.

Namun sejak semalam, beberapa media termasuk Sky Italia menyatakan bahawa Barcelona dalam pertimbangan untuk memecat Valverde.

Martinez dikatakan meletakkan syarat bahawa beliau mahu membawa Thierry Henry sebagai pembantu beliau jika diberikan jawatan itu.

Henry merupakan pembantu Martinez ketika mencipta sejarah dengan skuad Piala Dunia Belgium – menduduki tangga ke-3. Kedudukan tertinggi dalam sejarah negara tersebut.

Roberto Martinez sebelum ini dilaporkan sedang berbincang dengan Real Betis untuk jawatan pengurus – dan perbincangan itu terhenti kerana Martinez lebih memilih untuk ke Barcelona.

Agak ironi sebelum ini Martinez adalah orang yang lantang mengkritik Ernesto Valverde selepas kegagalan Barcelona mara ke final UCL. Martinez berkata: “Jika Valverde masih kekal pengurus Barcelona.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN