Aston Villa Kembali Ke Saingan EPL Selepas Tundukkan Derby County 2-1 Di Final

Aston Villa

Selepas menyepi selama tiga musim, Aston Villa kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 apabila berjaya menundukkan Derby County 2-1 pada aksi perlawanan akhir play-off EFL Championship di Wembley, malam tadi.

Jaringan menerusi Anwar El-Ghazi dan John McGinn pada setiap babak permainan sudah cukup untuk membuatkan kem Aston Villa berpesta walaupun Martyn Waghorn cuba untuk merapatkan kedudukan pada lewat aksi.

Lebih signifikan pada perlawanan ini adalah pertembungan dua legenda hidup Chelsea iaitu John Terry dan Frank Lampard yang kini terjun ke bidang pengurusan.

Terry yang bergembira dengan kejayaan di Wembley adalah penolong pengurus Aston Villa manakala Lampard pula merupakan pengurus buat Derby County.

LONDON, ENGLAND – MAY 27: Assistant Head Coach of Aston Villa, John Terry looks on as Frank Lampard, Manager of Derby County looks on during the Sky Bet Championship Play-off Final match between Aston Villa and Derby County at Wembley Stadium on May 27, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Aston Villa memperoleh jaringan pendahuluan pada minit ke-44 setelah El-Ghazi menanduk masuk bola hasil hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Derby County dilakukan Ahmed El Mohamady.

Kesilapan penjaga gol Derby County, Kelle Roos yang lewat menangkap bola walaupun sudah melonjak tinggi digunakan sepenuhnya McGinn untuk menanduk masuk bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Jaringan Waghorn berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-81 namun jaringan tersebut tidak mampu menghalang kejayaan Aston Villa untuk kembali ke saingan utama liga bola sepak Inggeris itu.

Dengan kejayaan ini, Aston Villa mengiringi Norwich City dan Sheffield United bagi membuat penampilan semula dalam saingan EPL musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN