B. Satiananthan: Kenyataan Naib Presiden PJBM Hanya Pandangan Peribadi, Tidak Mewakili Persatuan

Satiananthan

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Satiananthan menganggap kenyataan dikeluarkan Naib Presiden PJBM, Dr. Zulakbal Abd.Karim terhadap Malaysian Football League (MFL) sebagai pandangan peribadi yang tidak mewakili persatuan terbabit.

Jelas Satiananthan, beliau berasa kecewa dan terkejut dengan kenyataan secara rambang tanpa penelitian oleh Zulakbal tanpa membuat perbandingan terhadap perubahan yang sudah dilakukan MFL.

Justeru beliau mahu mendapat penjelasan sepenuhnya daripada Zulakbal dalam satu mesyuarat jawatankuasa tertinggi, tidak lama lagi.

Bagi Satiananthan, apa yang diperkatakan Zulakbal langsung tidak tepat kerana melihat sudah banyak peningkatan dipamerkan oleh MFL sejak menguruskan Liga Malaysia malah beliau melabel liga ini antara terbaik di Asia Tenggara.

“Apa sahaja diperkatakan oleh beliau, itu bukan pandangan daripada PJBM dan saya selaku presiden menolak sepenuh-penuhnya kenyataan beliau kepada media, baru-baru ini.

“Sebagai seorang Naib Presiden, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian dan saya mahu dengar daripada beliau sendiri sama ada benar beliau berkata sedemikian kepada media.

“Jika benar sekalipun, beliau sepatutnya bertimbang rasa dan fikirkan sama terhadap rakan-rakan jurulatih yang sekarang ini bertugas dalam Liga Malaysia kerana pandangannya itu boleh menjejaskan periuk nasi kami, ” katanya.

Sebelum ini, Zulakbal berkata dalam dalam satu kenyataan memberitahu kredibiliti MFL diragui walaupun sudah empat tahun mentadbir liga tempatan selain menyifatkan tiada apa-apa perubahan sewaktu diuruskan FAM.

Isu kelewatan pembahagian geran tahunan menjadi asas di sebalik pandangan Zulakbal terhadap MFL.

Dalam masa sama, Satianathan yang telah lebih 10 tahun bergelar ketua jurulatih di Liga Malaysia mahu semua pihak terus menyokong usaha MFL dalam memperkasakan mutu Liga Malaysia.

Satu perbezaan ketara dirasai Satiananthan ialah beliau mendapati cara pengurusan liga kini lebih profesional serta semakin menarik minat ramai pemain luar negara untuk datang ke sini.

“Mana-mana sahaja liga di dunia sudah tentu ada ruang untuk sebarang penambaikan dan di Malaysia, saya dapati ada peningkatan dalam aspek pengurusan sesetengah pasukan serta venue pertandingan seperti padang.

“Tidak keterlaluan saya katakan Liga Malaysia ini antara terbaik di Asia Tenggara dan kehadiran JDT di Liga Juara-juara Asia (ACL) buktikan liga kita kian kompetitif malah kedudukan ranking mereka lagi tinggi daripada pasukan dari Liga Thailand.

“Saya didatangi ramai ejen pemain dari luar negara jika dibandingkan dengan dahulu sekaligus membuktikan liga kita ini semakin dipandang tinggi oleh pihak di luar sana, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN