Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu memberikan bayangan akan berlaku urusan yang agak sibuk dalam jendela perpindahan kali ini di Barcelona.
Bartomeu juga membayangkan bahawa beberapa pemain akan dikeluarkan daripada kelab sama ada dilepaskan ataupun dijual dalam proses pembersihan pasukan.
Ini bagi membolehkan Barcelona mendapatkan beberapa pemain baharu bagi memperbaiki kualiti skuad yang sedia ada.
Barcelona menamatkan musim ini dengan kekecewaan kalah 1-2 di tangan Valencia dalam saingan final Copa Del Rey. Sekaligus mereka gagal menamatkan musim sama ada sebagai juara treble mahupun juara double.
Beberapa bulan lalu Ernesto Valverde menyatakan mereka mensasarkan untuk menamatkan saingan dengan treble. Namun segalanya serba tidak menjadi bermula dengan malam hambar di Anfield.
Barcelona want the treble
And the signs are promising
Valverde's men are performing at a level seen by the previous treble winners
🤔https://t.co/GBknk0rC7G pic.twitter.com/XG3dRKmYyw
— MARCA in English 🇺🇸 (@MARCAinENGLISH) March 24, 2019
Barcelona sekali lagi disingkirkan daripada UCL walaupun dengan kelebihan agregate 3 gol daripada perlawanan pertama.
Antara nama yang dilaporkan dalam senarai untuk dikeluarkan oleh Barcelona termasuk Philippe Coutinho, Samuel Umtiti, Rafinha, Ivan Rakitic dan Jaspe Cillessen,
Barcelona have selected a number of players as priority to sell this summer:
– Cillessen
– Umtiti
– Rafinha
– Rakitic
– Malcom
– CoutinhoVia – https://t.co/Ykz4EXlMgb pic.twitter.com/LffUmyVIzd
— Transferchanger (@TransferChanger) May 26, 2019
Barcelona sudah sah membawa masuk Frenkie De Jong. Mereka dalam usaha membawa masuk pemain seperti Antoine Griezmann dan juga Matthijs De Ligt. Terdapat juga khabar angin Barcelona mungkin akan masuk dalam persaingan mendapatkan Eden Hazard.
Bartomeu dalam kenyataan beliau berkata: “Musim ini Barcelona menamatkan saingan sebagai juara liga. Kita gagal dalam Copa Del Rey dan kita akan terus bergerak ke hadapan.”
“Setiap tahun akan ada pemain baharu yang akan datang. Buat masa ini, saya boleh sahkan dengan kamu bahawa De Jong sudah sah akan dayang ke sini. Dan kini kita sedang berusaha membawa masuk beberapa pemain lagi. Itu sudah biasa kami lakukan seperti mana-mana perpindahan musim panas sebelum ini.”
Bartomeu juga sudah mengesahkan bawaha Ernesto Valverde masih mendapat sokongan daripada pengurusan tertinggi Barcelona.
Bartomeu juga menyatakan kekalahan di final Copa Del Rey bukannya salah Valverde. Dan Barcelona akan terus membantu Valverde dalam usaha memantapkan lagi pasukan.
🗣 — Bartomeu: "The Copa final defeat was not the fault of Valverde." pic.twitter.com/pDQE04LYwz
— Barça Universal (@BarcaUniversal) May 26, 2019
Ramai penyokong Barcelona meminta Valverde meletakkan jawatan. Ini kerana beliau sudah berbelanja sangat besar sejak mengambil alih Barcelona dan sangat aktif membeli pemain dalam setiap jendela perpindahan.
https://twitter.com/Maleka_Moroane/status/1132529971849814016