RASMI: Kedah Umum Edgar Bernhardt Sebagai Pemain Baharu

Pasukan Kedah FA terus mendapatkan khidmat pemain baharu bagi menguatkan lagi pasukan mereka. Sebelum ini Kedah FA berjaya mendapatkan khidmat David Rowley yang menamatkan kontrak beliau dengan Kelantan FA.

Terbaru, skuad bimbingan Aidil Sharin itu mengucapkan selamat datang kepada Edgar Bernhadt bagi menggantikan Anmar Al Mubaraki yang mengalami kecederaan.

Ini bermakna Edgar Bernhardt akan bermain untuk Kedah untuk baki saingan liga pada musim ini. Ketiadaan Anmar Al Mubaraki jelas sekali dirasai oleh pasukan Kedah terutama sekali dalam aksi menentang JDT baru-baru ini.

Kedah sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah seperti Safiq Rahim, namun ianya tidak menjadi kenyataan.

Kehadiran Benhardt pastinya diharap akan dapat memberikan sengat di dalam pasukan Kedah.

Edgar Benhardt merupakan pemain yang bermain untuk skuad kebangsaan Kyrgyzstan. Pemain yang berusia 33 tahun ini sebelum ini bermain untuk kelab Tychi FC di Liga Divisyen 2 Poland.

Kedah FA menerusi laman sosial mereka berbesar hati mengumumkan kedatangan Edgar Bernhardt.

Edgar Bernhardt pernah bermain di Jerman ketika masih muda. Beliau kemudian banyak berkelana ke beberapa kelab lain sepanjang karier beliau.

Pasukan Kedah kini berada di tangga ke-3 saingan Liga Super, 4 mata di belakang Pahang (2) dan 17 mata di belakang pendahulu liga JDT.

Kedah akan berehat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Dan apabila kempen bersambung semula, Edgar Bernhardt boleh melakukan debut dalam aksi menentang pasukan Pahang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN